Breaking News

Wednesday, August 6, 2014

Kisah Boikot McD Di Dungun Terengganu




Kisah Boikot McD Di Dungun Terengganu


Rasanya ramai yang telah berkongsi tentang cerita kempen boikot barangan atau produk yang memberi sokongan kepada pihak Israel. Dan yang paling hangat tentulah kisah boikot McD yang berlaku di Dungun Terengganu. 

 Boikot McD Di Dungun Terengganu
 Boikot McD Di Dungun Terengganu
Boikot McD Di Dungun Terengganu

Ada laporan yang mengatakan ada Individu yang bertindak keterlaluan semasa kempen ini berlaku. Mengganggu pelanggan yang sedang makan, membaling objek keras serta menggoncang pintu premis berkenaan serta menghamburkan kata-kata kurang enak kepada kakitangan yang bertugas. Jika benar keadaan ini berlaku, jelas tindakan ini bertentangan dengan tata susila dan akhlak seorang Islam.
 
Bagi kita niat untuk memboikot tu dah betul, namun caranya kurang betul. Sebagai manusia kita mempunyai adab yang perlu dijaga dalam keadaan apa sekalipun. Jadi tak perlulah buat sesuatu tindakan yang ganas kerana kita bukannya pihak Zionis yang terkenal dengan kezaliman dan tidak berperikemanusiaan. Niat tidak menghalalkan cara.

Boikot McD Di Dungun Terengganu
Kenapa Boikot McD

Yang perlu kita lakukan hanyalah boikot barangan tersebut dengan tidak membelinya. Tak kiralah Mc Donald ke, Starbuck ke atau apa aje yang ada kaitan dengan Israel/Zionis seperti di bawah:
Boikot McD Di Dungun Terengganu
Boikot Barangan Di Atas

Sebagai alternatif sokonglah produk tempatan. Itu dah lebih dari mencukupi. Tak perlu jadi samseng atau gangster kampung dusun k. Selain dari boikot barangan kita juga boleh bantu GAZA dengan cara ini: 6 Cara Untuk Bantu GAZA

 Boikot McD Di Dungun Terengganu

34 comments:

  1. diorang pun nak sama dengan zionis ke...yang bekerja kat situ dan makan kat situ tu ada orang2 kita...Melayu terkenal dengan budi bahasa yang elok..so memangtak setuju dengan cara diorang tu..sangat memalukan

    ReplyDelete
  2. Walaupun kita bertindak cara ganas ada diorang kisah...
    Bukan diorang ada pun kat situ...yang rugi tenaga dan masa kita juga...
    Buat senyap2 jer...tunjukkan contoh yang Islam itu lembut ...sabar dan berhemah....

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri...
    Rasanya x perlu nak tunjuk ganas... senyap2 je...
    Pelan2 kita gunakan dan sokong barangan tempatan... :)

    ReplyDelete
  4. Jangan paksa atau marah mereka yang tak nak boikot. Masing² ada hak buat keputusan. Bagi yg belum boikot,moga terbuka hati 1 hari nanti.dan yang dah boikot moga terus istiqamah melakukannya.

    ReplyDelete
  5. dorang nie kekadang memboikot mengikut nafsu tanpa mengambil kira faktor lain...menabung sony experia kat sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. stuju.. tak perlu la sampai nk memaki hamun dan mengacau mereka yg makan kat sana.. tu mcm dah terlebih..

    ReplyDelete
  7. semoga org melayu yg terlibat dgn francise mcd ini bertukar arah kpd product lain ... mcm berkenan jer dgn xperia z yg kalis air ini .

    ReplyDelete
  8. wah..dkat kwsan ni.. tapi boikot pun jge la tingkah laku

    ReplyDelete
  9. Betul tu... tindakan samseng simpang mcm tu amat2 memalukan. Boikot je & fahamkan betul2 situasi yg ada... kita berlawan dengan kaum yg bijak, bukan samseng simpang...

    ReplyDelete
  10. setuju x perlu ganas2..boikot dgn mengunkaan akal dan fikiran.. sikap kita kena jaga krana mencerminkan peribadi diri.. tapi boikot tetp boikot..pray for gaza

    klikx2

    ReplyDelete
  11. Betul....boikotlah dengan cara baik bukan tunjuk hero cenggitu kan Raudzah....kita nak org respect bukan org menyampah

    ReplyDelete
  12. yup..nak boikot tu tak slh jgn sampai hilang pertimbangan...Ermm.....Islam itu indah..Garis yang diberikan telah meliputi segalanya...

    ReplyDelete
  13. hurm... tidak mencerminkan peribadi diri yang baik sebenarnya... malu... betul kata kak raudzah, patutnya kita boikot dengan tidak membeli je... bukan timbulkan kekecohan macam ni.... hish !

    ReplyDelete
  14. Setuju sangat Sis. Boikot perlu ilmu. Bukan ikut emosi dan situasi semasa saja. Nanti bila serangan ke atas gaza dah reda, bermulalah balik serbu mcd starbucks bagai

    ReplyDelete
  15. Betul tu, dalam apa jua tindakan, akhlak perlu dijaga

    ReplyDelete
  16. saya setuju bahawa cara boikot terbaik tukar jenama ..dan jangan pulak buat huru hara..kasihan orang yang kerja dan tauke kedai tu..
    |o

    |
    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  17. Nestle also in the list? Cannot drink milo already? :O

    ReplyDelete
  18. Perlu diterangkan dan disebarkan maksud dan cara sebenar boikot. Jgn sampai kita pula disamakan spt Zionis!

    ReplyDelete
  19. Agaknye eksited sgt boikot, sampai lupe pekeje mc'D tu bangsa kita. Tak pasal2 je pekeje mc'D di aniaya. Hmm.. Padahal kita hanya perlu boikot mc'D. Bukan pekeje. If bengang pun, marah kerajaan. Suruh kerajaan sekat barangan israel masuk Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Pendekatan berhemah lebih berkesan dari cara kekerasan..

    ReplyDelete
  21. salam. alamak..sampai macam tu sekali ke nak boikot? apala diorng ni..sesuka hati ja

    ReplyDelete
  22. Saya sokong sis Raudzah.
    Nape perlu keterlaluan?
    Memang niat tidak menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  23. Wah... Ramai tul... Tapi knp McD je..pdhal byk restoran lain yg support yahudi juga..

    ReplyDelete
  24. KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG)
    ========================================================
    Ada orang bertanya, kenapa kita nak sibuk2 boikot MCD? Kan rokok adalah penyumbang utama ekonomi Israel/Zionis jugak?

    Jawapan saya sangat mudah. “Kenapalah kau ni pendek akal sangat? Cuba le berfikir panjang sikit.” Ini adalah jawapan sopan.

    Jawapan terus terang dan sedikit kasar, ala2 gaya cakap orang Johor: “Kenapa le kau ni bangang sangat? Kau ni ada otak ke tak ni? Ke kepala otak kau letak kat lutut?”

    Seperti yang kita tahu, bagi orang yang telah banyak membaca & berfikir, burger McDonald adalah sebuah syarikat yang memberikan paling kurang 5% daripada keuntunggannya di seluruh dunia ke Israel. Dan Israel telah menggunakan duit keuntungan daripada sumbangan McD kepada Israel, untuk digunakan oleh militernya, untuk membeli peralatan perang seperti peluru, kereta kebal, pesawat, bom dan sebagainya.

    Peralatan perang ini pula akan digunakan untuk mengebom, menembak dan membunuh orang Palestin di Gaza. Orang Melayu amat kisah pasal penderitaan orang Palestin di Gaza. Tapi orang Arab buat bodoh aje. Itu suku Palestin. Bukannya suku Saudi ke, Qatari ke, atau Mesir.

    Selagi mereka orang Arab Saudi boleh bersenang lenang dan tak diganggu oleh Israel/US, lantaklah kau orang Palestin. Pegi mampus lagi baik. Itulah sifat & perangai orang Arab sekarang yang terlena dengan semangat abbasiyah & kemewahan dunia sekarang. Kasi Palestin mampus semua lagi senang. Tak menyusahkan kita semua orang Arab.

    Bagi mereka yang pendek akal@bebal, yang kurang membaca & kurang berfikir, akan bertanya, kenapa nak boikot McD sahaja? Kan banyak lagi produk Yahudi?

    Jawapannya mudah, kita tak mampu memboikot semua produk Israel buat masa sekarang. Kerana hampir kesemua produk pengguna di dunia ini dimonopoli oleh produk2 Yahudi!!! Sedangkan hampir semua cip komputer, internet, Yahoo, Google, Gmail dan Facebook dicipta oleh orang Yahudi. Betapa hebat tak orang Yahudi ini? Jenama seperti McD, KFC, Nokia, Microsoft, Nokia, Motorola & lain2 semuanya adalah produk2 org Yahudi, yang telah menguasai dunia, tanpa kita sedari.

    Cara yang paling mudah nak boikot semua produk2 Yahudi ialah pegi tinggal di hutan atau di gua. Jadi macam orang Asli atau orang Papua. Gerenti semua makanan & minuman anda, tak ada satu produk pun daripada produk buatan Yahudi.

    Tetapi kita hidup di zaman moden & ketamadunan yang tinggi. Kita memerlukan barangan2 canggih seperti TV, handset, kereta, komputer & sebagainya. Malangnya, kebanyakkan barangan yang canggih2 ini dibuat oleh orang Yahudi.

    Malangnya, orang2 Islam yang berjumlah lebih 1 billion sekarang tidak ada kemampuan membina barangan yang canggih2 itu. Kerana kita orang Islam, sibuk nak berpolitik, sibuk nak jadi ketua, sibuk nak bergaduh, berperang dan bunuh-membunuh sesama Islam.

    Peperangan sesama Islam seperti Perang Iraq-Iran, Perang Malaysia-Indonesia, Perang Sunni-Shia di Iraq dan sebagainya adalah contoh terbaik, bahawa orang Islam sebenarnya sibuk bergaduh sesama sendiri. Contoh terbaik di Malaysia ialah peperangan politik antara UMNO, PAS & PKR untuk merebut kuasa politik orang Melayu. Masing2 menuduh parti yang lain itu kafirlah, musriklah, munafiklah & pelbagai lagi. Sedangkan bangsa2 bukan Melayu sekarang telah bersatu di bawah satu bendera DAP.

    Kerana sibuk berperang sesama sendiri, maka kepala otak kebanyakkan orang Islam sibuk berfikir, untuk jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukannya sibuk, macam mana fikir nak cipta satu gadget yang boleh menghubungkan sesama manusia, daripada hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain. Dan boleh pula dibawa berjalan2. Maka, Yahudi di bawah syarikat Motorola & Nokia telah mencipta handset!!!

    Yang terbaru, otak orang Islam yang suka berpolitik, suka berfikiran macam mana nak jatuhkan Khalid Ibrahim & jadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor? Macam mana nak tulis blog nak buruk2an dan jatuhkan si gagap gemuk tu? Atau macam mana puja dan menaikkan isteri si jubori tu?

    ReplyDelete
  25. KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG) 2/2
    ========================================================

    Jadi, kita kenalah berubah daripada berfikiran negatif untuk jatuh menjatuhkan sesama Islam, kepada fikiran positif untuk bantu-membantu sesama Islam. Inilah strategi kejayaan orang Yahudi, bagaimana seluruh umat Yahudi di seluruh dunia cuba bantu membantu menaikkan dan menjayakan sesebuah syarikat atau organisasi Yahudi. Kenapakah orang Islam tidak meniru strategi Yahudi ini?

    Jadi, kita mulakan dengan langkah pertama, dan secara kecil2an dahulu. Mula2, kita boikot burger buatan Yahudi iaitu McDonald. Dah berjaya, barulah ke produk lain pula. Dan kita perlu boikot satu persatu dulu. Kerana apa boikot McD? Kerana kita mampu memboikotnya dan kita mempunyai produk alternatif daripada usahawan Bumiputra yang telah mampu membuat burger macam si Yahudi tu. Jenama burger bumiputra seperti Ramly, Enna, Azmy, Ayamas, Amy, Runcit Az-zain & Iwani Frozen Food. Ada jenama Bumiputra ni yang tak pernah dengarkan?

    Secara tidak langsung, dengan memboikot burger McDonald, sapa yang kaki gila makan burger tak akan kempunan kerana boleh beralih kepada burger2 buatan Bumiputra!!! Ini akan menaikkan jenama2 burger Bumiputra dan akan menambahkan pendapatan & memperkasakan perniagaan Bumiputra.

    Jadi, dengan memboikot burger McDonald, kita macam menyelam sambil minum air. Pertama, kita menyebabkan McDonald Malaysia boleh bangkrup dan lepas tu tak ada duit nak kasi Israel. Kedua, menaikkan jenama burger Bumiputra dan menaikkan ekonomi Bumiputra.

    Ada orang tanya pulak “Abis, kesian pulak le kat budak2 Melayu yang kerja kat McD tu? Macam mana mereka nak hidup nanti kalau McD dah bangkrup?”

    Jawapan saya mudah. “Apa goblok sangat kau ni? Bila orang dah boikot McDonald & beralih ke burger buatan Bumiputra, syarikat2 burger Bumiputra memerlukan penambahan pekerja, kerana bisnes dah semakin kencang. Dah kena bukak restoran besar2 macam McDonald pulak, kerana banyak sangat sambutannya. Dah kena beratur panjang2 pulak, siap boleh beli burger Ramly guna sistem take-away guna kereta atau hantar ke rumah pulak.

    Takkan burger Ramly sampai kiamat nak jual kat kiosk2 kecil tepi kaki lima aje? Tak nak jadi besar macam restoran McD ke? Kekadang kita kenalah berfikiran besar macam Yahudi, dan bukan berfikiran sempit macam si Arab Wahabi.

    Jadi, bila Burger Ramly dah boleh buat restoran besar2an seperti McD, maka bebudak melayu yang dulu kerja kat McD tu, sekarang bolehlah kerja kat restoran burger Ramly pulak. Tetapi, kita kena sedar, burger Ramly belum ada kekuatan lagi untuk nak buka restoran macam McD. Maka, sama2lah kita boikot McD dan perkasakan burger buatan Melayu, kalau nak tengok Ramly boleh buka restoran besar macam McD pulak.

    Jadi, buat sementara ni, bebudak Melayu tu mungkin kena kerja kat kiosk kecil jual burger Ramly, yang panas dan tak ada air-con tu. Persoalannya, adakah kamu berbangga kerja di sebuah restoran nyaman yang dipunyai Yahudi, atau kerja di kiosk yang panas yang dipunyai Melayu?

    Dan soalan terakhir. Ada orang bertanya lagi: “Kalau saya tak nak boikot McD dan nak makan McD juga, macam mana?”

    Saya jawab: ”Apasal kau ni bahalol sangat? Kau boleh tak tukar agama, jangan mengaku jadi Islam atau orang Melayu lagi. Kau terus jadi Yahudi & tinggal di Israel lagi baik. Orang macam kau ni, sepatutnya dicampakkan sahaja kat Palestin. Lepas tu kena bom dengan Israel, baru padan muka kau!!!”

    ReplyDelete
  26. michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net/
    nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
    soccer jerseys, http://www.soccerjerseys.us.com/
    mulberry outlet, http://www.mulberryoutlet.com.co/
    lacoste polo shirts, http://www.lacostepoloshirts.cc/
    michael kors outlet, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    ralph lauren uk, http://www.ralphlauren-outletonline.co.uk/
    toms outlet, http://www.tomsoutlet-stores.com/
    polo ralph lauren, http://www.poloralphlauren.us.org/
    nike free uk, http://www.nikefreerunning.org.uk/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    christian louboutin, http://www.scarpelouboutin.it/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorshandbagsoutletstore.us.com/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    the north face clearance, http://www.thenorthfaceclearances.us.com/
    north face outlet, http://www.thenorthface.me/
    rolex watches uk, http://www.rolexwatches-uk.co.uk/
    coach outlet online, http://www.coachoutletonline-store.us.com/
    louis vuitton bags, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    mbt shoes, http://www.mbtshoesoutlet.us.com/
    chanel handbags, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletusa.net/
    cheap oakley sunglasses, http://www.cheapoakleysunglassess.us.com/
    the north face uk, http://www.thenorthfaces.org.uk/
    jordan shoes, http://www.jordan-shoes.us.com/
    hollister uk, http://www.hollistershirts.co.uk/
    oakley sunglasses, http://www.wholesaleoakleysunglasses.us.com/
    abercrombie and fitch, http://www.abercrombie-fitch.us.com/
    0926maoqiuyun

    ReplyDelete

Designed By