Terapi Hujung Minggu
Mark Bustos, Hairstylist Jalanan
Setiap dari kita, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit ada sisi yang berbeza. Ada yang baik dan ada yang buruk. Sebagai manusia pasti kita akan memilih untuk menjadi yang terbaik. Yang mampu untuk berbakti kepada diri kita, keluarga dan juga masyarakat. Setiap dari kebaikan yang kita lakukan adalah merupakan terapi pada diri kita. Itulah sebabnya mengapa kita merasa "relief" selepas melakukan perkara yang baik. Berbeza dengan perasaan "tension" dan juga "Unsecured" setelah melakukan perbuatan yang kurang baik. Perasaan inilah yang dikongsi oleh Mark Bustos, salah seorang hairstylist ternama dari New York. Kalau tengok wajah Bustos ni memang agak brutal, tapi dalam hati ada taman.
Mark Bustos Bersama Salah Seorang Pelanggan
Mark Bustos Bersama Salah Seorang Pelanggan
Setiap hari Ahad, beliau menjadi hairstylist jalanan. Tanpa mengenakan sebarang bayaran, beliau bersedia berkhidmat untuk gelandangan di sekitar New York. Mukadimahnya sangat simple setiap kali menghampiri mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Dengan senyuman beliau akan berkata "I
want to do something nice for you today". Dan pastinya tawaran beliau tidak pernah ditolak kerana bagi mereka yang hidupnya dibelengu masalah, "haircut" sekurang-kurangnya boleh membantu menenangkan jiwa. Membuatkan mereka lebih presentable untuk mencari pekerjaan. Muliakan tugas ni.
"Cutting their hair becomes a lot like a
therapy session and not just a haircut."
Memulakan tugas mulia ni sejak May 2012,
Bustos telah memberikan servis percuma ini kepada ratusan gelandangan. Setiap hari Ahad, lima hingga enam gelandangan yang bernasib baik akan menerima sentuhan istimewa dari Bustos yang bakal merubah wajah mereka. Tugasan ini sengaja dilakukan ditempat terbuka untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk berkongsi kebaikan dengan mereka-mereka yang memerlukan. Congrats Bustos...
Alhamdulilah.. Berhati mulia anak muda ini
ReplyDeleteA great young man!
ReplyDeletetak semua orang nak buat beginikan..mereka nak segak utk penampilan diri..selamat hari ahad sis ;)
ReplyDeletewah...hati baik
ReplyDeleteBukan smua org boleh buat mcm ni kan..berniat baik utk membantu org lain.:)
ReplyDeleteAllahuakbar.. mulianya... buat amal camni... semoga ada ganjaran beliau di'sana'...
ReplyDeleteMulianya hati..
ReplyDeleteSemoga mendapat balasan yg baik
mulia hatinya.. semoga terus maju jaya
ReplyDeleteWah. X rmai nk jd spt dia...
ReplyDeleteJgn pandang pada rupa tapi pandanglah pada hatinya yg mulia...
ReplyDeleteWahh bagusnya... mmg patut dipuji...hati emas..
ReplyDelete