Breaking News

Tuesday, September 9, 2014

MH17: Pesawat Berkecai DiTembak Pelbagai Objek Dari Luar

 
 Bahagian dalam Bumbung Kokpit Yang Di Tembusi Pelbagai Objek

MH17 Berkecai Di Udara Di Tembak Pelbagai Objek


Setelah 53 hari kejadian malang yang menimpa MH17 di Ukraine, laporan awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda petang semalam megesahkan, pesawat MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi sebelum ia berkecai di udara ketika nahas berlaku. Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda itu juga turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal, kecemasan atau berpunca dari anak kapal pesawat terbabit.



Bahagian Kiri Kokpit Yang Di Tembusi Objek Dari Luar

MH17 Terbang Dalam Kawasan Yang Di Benarkan


Laporan Pasukan penyiasat yang terdiri daripada pakar antarabangsa juga turut mendapati pesawat MH17 terbang di ruang udara yang tidak dilarang mengikut laluan dan ketinggian yang dibenarkan Pengawal Trafik Udara (ATC). 

Kesemua rumusan di atas dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kotak hitam pesawat, ATC, imej satelit serta gambar yang diambil dari tempat nahas.  Jika dilihat dari laporan ini, ianya seperti telah dijangkakan.  

Persoalan yang lebih penting yang masih belum terjawab adalah apakah "objek berkelajuan tinggi" tersebut dan siapakah yang bertanggungjawab.  Semoga pihak penyiasat mampu menyelesaikan "persoalan misteri" ini tanpa prejudis serta pihak yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.


LAPORAN PENUH PENYIASATAN
 

15 comments:

  1. semoga keadilan untuk MH17 dapat ditegakkan..

    ReplyDelete
  2. laporan kotak hitam tak keluar lagi ke??

    ReplyDelete
  3. cepat2 disettlekan masalah ni, tak sabar nak tahu siapakah punya angkara

    ReplyDelete
  4. harapnya...MH17 dibela keadilan.kalau tak dunia, di akhirat itu pasti...

    ReplyDelete
  5. Mohon shinichi kudo tolong siasat baik2. Huhu. Geram pulakkan bila baca kes aniaya MH17. Ana rasa, 'diorang' yang menyerang mh17 ni saja nak test senjata agaknye. Macam yang Mahathir pernah cakap, mh370 adalah mangsa test kawalan jauh. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Negara kecil ditindas oleh kuasa besar. Ermm harap ada lah jawapannya nnti

    ReplyDelete
  7. Ngeri kan bila dengar dan baca pasal ni. Moga kebenaran akan terlihat jua nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum... raudz,

    kes penyiasatan mh17 nie.. memang menimbulkan tanda tanya yang misteri yang belum terungkai...

    mselim3

    ReplyDelete
  9. yg penting kita xsalah apa pun..keadilan untuk MH17!

    ReplyDelete
  10. Mmg nampak kesan tembakan tu... semoga dipermudahkan siasatan utk mencari siapa dalangnya...

    ReplyDelete
  11. Nampak macam ada pihak yang sengaja berniat jahat dengan Malaysia.
    Belum reda kes MH370, timbul kes MH17 pula.
    Mungkinkah ditembak oleh pesawat lain?

    ReplyDelete

Designed By