Breaking News

Thursday, September 4, 2014

Renungan Pagi Jumaat

http://2.bp.blogspot.com/-rOCqrWCrmNg/UE4UKEiAH0I/AAAAAAAAF3o/56sVUvAY7Fw/s1600/kata2+ustaz+don.jpg
Renungan Pagi Jumaat

Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Last two days kita ada terbitkan entri mengenai kedudukan 30% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan dibawah RM2000 sebulan. Ada yang kata pendapatan ni memang tak cukup apatah lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga dan tinggal di bandar besar seperti KL. Ada juga yang berpendapat sebenarnya gaji kecil bukanlah masalah utama kerana yang penting adalah keberkatan rezeki. Jika gaji besar tapi tak berkat, tak kemana jua perginya. Akan sentiasa tak cukup. Apa-apa pun jom kita tengok apa kata Ustaz Don Daniyal tentang jumlah gaji yang kita semua perolehi. Semoga ianya boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Jika  gaji kita RM5000, tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak-anak yang soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Tapi jka gaji kita RM5000, tapi kita kerja malas macam gaji RM2000, beza RM3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya. 

Ini bezanya diantara rezeki yang berkat dan tidak berkat. RM5000 yang berkat bukan hanya terletak pada jumlahnya malah ditambah Allah dengan pelbagai kebaikan lain yang menyebabkan nilainya semakin bertambah. Namun RM5000 yang tak berkat walaupun jumahnya agak banyak namun tak pernah cukup kerana Allah kurangkan dengan pelbagai masalah dan kesempitan. Ada aje keadaan yang memerlukan duit sehingga RM5000 habis begitu aje.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Bekerjalah dengan ikhlas dan jangan curi tulang. Semoga rezeki yang sikit akan jadi banyak dan rezeki yang banyak, akan bertambah-tambah sehingga boleh dinikmati oleh ramai orang. Selamat bekerja semua...

20 comments:

  1. thanks sharing raudzah..salam jumaat..

    ReplyDelete
  2. salam jumaat kak...

    satu perkongsian yang mengingatkan kita .. :) terima kasih kak..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat.

    terima kasih tolong ingatkan =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/08/kesan-sampingan-omega-guard-shaklee.html

    ReplyDelete
  4. Salam jumaat, betul tu. Sebenarnye gaji yang sikit diiringi dgn kesyukuran, insya-Allah segalanye cukup. Sebab rezki tu berkat. Kalau keje pun malas, solat pun tinggal, rezki pun tak berkat wpun gaji rm6000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Ana..Betul tu. Kena sentiasa bersyukur kerana masih ada rezeki, walaupun tak banyakkan. Yang penting berkat..

      Delete
  5. setuju sangat-sangat...klu duit yg kita perolehi penuh dengan keberkatan...insyaallah...akan cukup sampai ujung bulan...

    ReplyDelete
  6. saya selalu ckp pada diri, Insha Allah ada rezeki nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kena selalu ingat macam tu Ainim coz kita tak tau apa yang Allah plan untuk kitakan..

      Delete
  7. Perkongsian yg baik..sebagai peringatan..thanks Raudzah

    ReplyDelete
  8. Semoga rezeki yg kita perolehi senantiasa diberkati... aamiin. Salam hujung minggu Raudzah.. :)

    ReplyDelete

Designed By