Breaking News

Monday, September 8, 2014

Syaitan Suka Orang Yang Kedekut

Syaitan Suka Orang Yang Kedekut

Syaitan Suka Orang Yang Kedekut


Salam Selasa untuk semua pembaca Blog Santai. Pagi ni kita nak berkongsi salah satu sifat negative yang mungkin ada pada diri kita yang merupakan salah satu sifat yang sangat disukai syaitan. Sifat yang kita maksudkan adalah kedekut. 

Sifat kedekut ini selalunya lahir, apabila kita jauh dari Allah menyebabkan hati kita jadi kosong dan sunyi. Pada ketika ini, hati kita sangat mudah dipengaruhi oleh bisikan syaitan yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya untuk menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. Syaitan akan membuat kita sibuk mencari harta dan percaya bahawa sikap kedekut dan bakhil inilah yang akan menyebabkan kita jadi kaya.

Pada ketika syaitan telah menguasai hati kita, sedekah adalah amalan yang paling sukar kita lakukan. Kita akan menjadi manusia yang paling berkira samada dari segi duit atau tenaga even dengan keluarga sendiri. Hati kita tidak yakin dengan janji Allah bahawa setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim) 

Apabila sifat kedekut menguasai diri, kita sebenarnya telah gagal dalam ujian Allah. Kita terlupa bahawa rezeki yang dikurniakan kepada kita adalah milik Allah SWT dan hanya dipinjamkan kepada kita. Ianya boleh datang pada bila-bila masa dan boleh hilang dalam sekelip mata.

Kita juga perlu ingat bahawa orang yang kedekut tidak akan mendapat keberkatan dalam hidupnya kerana kemungkinan besar harta kita bercampur baur dengan hak milik orang lain. Maka, kita tidak akan merasa bahagia dan selalu resah tidak cukup duit atau didatangi pelbagai masalah. Jadi untuk memastikan hidup kita diberkati, jangan biarkan hati kita kosong. Banyakkan mengingati Allah dan menjauhi segala larangannya. Semoga sifat kedekut akan hilang dari diri kita.

16 comments:

  1. Renungan yg baik. Mcmana pula dgn dunia blogger? Bagaimana pula istilah kedekutnya?

    ReplyDelete
  2. moga kita dihindari dari sifat sebegini

    ReplyDelete
  3. Comelnye tajuk ni. Ana selalu guna ayat ni cakap kat budak2. Budak2 pun reti ajuk ayat ni kat kawan2 dia. :D

    ReplyDelete
  4. kena rajin2lah bersedekah...bagi kurang rasa kedekut tu...

    ReplyDelete
  5. good sharing kak raudzahhh ^^ *ceria mood*

    ReplyDelete
  6. Kena didik anak anak dari kecik ni nampaknya....
    Kadang tu walau kita tahu betapa besarnya ganjaran tu tapi dah namanya manusiakan

    ReplyDelete
  7. Syaitan akan sentiasa berusaha membawa manusia ke arah kesesatan.. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah swt... aamiin. Bersedekah menyuburkan jiwa & memberkatkan harta yg ada, in shaa Alah...

    ReplyDelete
  8. Minta janganlah diri ini ada sedikit pun rasa kedekut...

    ReplyDelete
  9. kita kena percaya dengan rezeki dari Allah. lebih banyak sedekah lebih murah rezeki

    ReplyDelete
  10. Lagi banyak kita memberi...lagi banyak Allah Bagi kat kita...Percayalah.

    ReplyDelete
  11. Bila niat nk mmberi mmg syaitan suka menghasut..

    ReplyDelete
  12. Insya Allah, mintak dijauhkan dari sifat sebegini..:)

    ReplyDelete
  13. takut nak jadi org yg kedekut hj bakhil ni.. dalam setiap harta kita ada hak org lain jgk kan..

    ReplyDelete
  14. T.kasih atas peringatan...
    Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima..dan sentiasalah berusaha supaya menjadi golongan pemberi..

    ReplyDelete

Designed By