Tak Ada Ijazah Tapi Gaji Besar

http://www.iluvislam.com/wp-content/uploads/2011/07/ijazah.jpg
Tak Perlu Ada Ijazah Untuk Berjaya?

Tak Perlu Ada Ijazah Untuk Berjaya?


You all pernah dengar tak orang kata, tak perlu ada ijazah kalau nak berjaya atau bergaji besar. Sejujurnya, jarang kita dengarkan coz kita telah diasuh dari kecil supaya belajar rajin-rajin dan masuk universiti. Kalau dah masuk universiti tentu tujuan dia untuk mendapatkan sekeping ijazah yang diharapkan dapat memberikan jaminan pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar. 

Namun adakalanya ijazah juga tidak membantu. Kerana ada faktor lain yang juga penting selain daripada ijazah. Sebab tu kalau kita tengok ramai aje yang menganggur diluar sana walaupun ada ijazah. Sejujurnya bagi kita, ijazah adalah lambang kepuasan setelah kita berusaha dengan gigih untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading. Namun ianya bukan lah jaminan untuk kita mendapat kehidupan yang lebih baik. Yang penting adalah semangat kita untuk berusaha dan berjaya, cara kita berfikir dan kreativiti yang perlu ada pada diri kita. Kita juga perlu ikhlas dengan diri sendiri dan sentiasa positif tak kira apa jua pekerjaan yang kita lakukan. 

Jadi kalau rakan-rakan diluar sana tidak berkesempatan untuk ke universiti atas apa jua alasan, jangan merasa rendah diri. Banyak aje peluang pekerjaan yang ada di Malaysia ni yang boleh membantu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Antaranya:

 Thumb bf66
 Juruterbang

Tugas juruterbang datang dengan tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi. Kursus latihan yang ketat perlu sedia dipasang diikuti dengan latihan yang berulang setiap enam bulan untuk mengekalkan lesen yang diperlukan untuk kerja. Peranan juruterbang adalah lebih daripada sekadar menerbangkan kapal terbang, yang perlu dilakukan dengan selamat dan ekonomi. Gaji juruterbang boleh mencecah sehingga RM10,000 ke atas.

http://jomproperty.com/wp-content/uploads/2011/04/Property-Agent.jpg
 Ejen Hartanah

Ejen hartanah menjual atau menyewakan harta tanah kediaman, komersial atau perniagaan bagi pihak pelanggan mereka. Mereka melihat keadaan sesebuah hartanah dan membandingkannya dengan hartanah lain di sesuatu kawasan untuk menilai dan mendapatkan harga yang terbaik untuk pelanggan. Mereka juga memasarkan hartanah dan berunding mengenai tawaran. Gaji ajen hartanah boleh mencecah sehingga RM7,000 ke atas.
http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/345241/22a0.jpg 
Pengendali Pelantar Minyak

Seorang pengendali pelantar minyak menyelia anak-anak kapal pelantar, dan bertanggungjawab dalam menyelia operasi harian di pelantar minyak. Tugasnya memberi jadual pekerjaan, mengenal pasti jika ada pemasangan baru yang perlu dibuat dan menjaga peralatan servis di pelantar minyak. Pengendali pelantar minyak merupakan penyelaras yang sentiasa berhubung dengan semua krew di pelantar minyak.  Gaji pengendali pelantar minyak boleh mencecah sehingga RM15,000 ke atas.

http://www.etiqa.com.my/Malay/Agent/PublishingImages/banner.jpg 
Ejen Insurans

Tugas utama ejen insurans ialah menjual produk syarikat kepada pihak yang berminat. Untuk menyempurnakan tugasan ini, ejen insurans mesti aktif dalam mencari pelanggan baru dan menerangkan jenis insurans yang mungkin dapat membantu pelanggan. Dalam usaha untuk menjual produk mereka, mereka juga perlu memahaminya dengan mengikuti perkembangan kadar dan dasar-dasar yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans lain.  Gaji ejen insurans boleh mencecah sehingga RM4,500 ke atas.

http://ahmadhumaizi.com/wp-content/uploads/2012/01/agent-unit-trust.jpg 
Penasihat kewangan

Penasihat kewangan menyediakan pelanggan dengan nasihat mengenai perkara-perkara kewangan seperti membuat cadangan mengenai cara-cara terbaik untuk menggunakan wang mereka. Peranan ini melibatkan penyelidikan pasaran dan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan, memastikan mereka menyedari dan memahami orang-orang yang memenuhi keperluan mereka, dan kemudian mendapatkan jualan.  Gaji ajen hartanah boleh mencecah sehingga RM7,000 ke atas.Gaji yang dipohon = RM3,000 dan ke atas.

Wireman

Tugas seorang wireman atau pendawai adalah berkenaan pemasangan dan pembaikan pendawaian elektrik. Pendawai boleh bekerja dalam pelbagai tetapan sama ada dalam kediaman ataupun bidang komersial. Pendawai memasang pendawaian elektrik dan pada masa yang sama memastikan keselamatan menerusi sistem perlindungan api.  Gaji seorang wireman boleh mencecah sehingga RM50 sejam ke atas.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWQUZo1icVrD0o33xq-Pfcejs2gzkiUSD0JC8DLCwTsg8DG58qXKvxP6_Ha5R4CdwOZUTWPprz9pDs3SzRF6mIbGEwqj7-MM0UKV7ycmsLBqwExJ2zPwGy-qrUPIPvThfWWDpuSkGHW3yX/s400/2.JPG 
Chargeman

Chargeman mengendali, menyenggara, merancang dan menyelia kemudahan dan pengurusan utiliti dan aktiviti operasi dalam premis syarikat. Selain itu, mereka menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian dan aksesori. Mereka juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik.  Gaji Chargeman boleh mencecah sehingga RM5,000 ke atas.

http://www.fairshare.cc/wp-content/uploads/2014/01/portrait_of_a_businessman_writing_an_acrion_plan_on_the_screen_1346073447.jpg
Usahawan

Last but not least pastinya usahawan. Yang ini semua orang boleh buat. Pilih aje nak jadi usahawan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Janji kena rajin dan kreatif. Jangan ada perasaan dengki dan juga kedekut atau tamak nak cepat kaya. kalau gagal sekali jangan megalah. Cepat bangkit dan jadikan kegagalan satu pengajaran.


Comments

  1. Pilihan yang terakhir rasanya yang paling mudah untuk mencuba. Yang lain-lain, perlukan kemahiran yang lebih terperinci.

    ReplyDelete
  2. nak berjaya tips mudah je, jangan beri banyak alasan dan jangan selalu sangat merendah diri.. kena sentiasa positif kan kak...

    singgah menabung buat akak..

    ReplyDelete
  3. erk. nk jd pilot lg susah drpd dpt degree hehe

    ReplyDelete
  4. Sikap yang positif lebih penting...

    ReplyDelete
  5. Sekeping ijazah x menjanjikan apa2 kalau kerja tak diniatkan sebagai ibadah.

    ReplyDelete
  6. betul tu... ijazah tu mcm bukti kita menuntut ilmu je... tpi nk tuntut ilmu x smesti ada ijazah or sijil ... begitu juga... ijazah tak jamin kerja yg bgus..

    ReplyDelete
  7. antara entri yang panjang dari sis..hehehehe.. be positive,think positive..

    ReplyDelete
  8. sama ada belajar atau kerja , biarlah semuanya kerana Allah ...

    ReplyDelete
  9. Saya ada dengar org ckp mcm tu.. tp pada pendapat saya org yg cakap mcm tu mcm ada ego sikit. Org yg tak belajar tinggi tp berjaya lebih dari mereka pun pasti nak anak2 mereka berjaya dlm pelajaran.. tak relevenlah ckp mcm tu sbb ilmu tu tak baik klu nak diukur dgn duit semata2.. Mcm Vee cakap tu.. biarlah kerana Allah.. Ilmu yg baik dpt dijadikan amalan utk bekalan di akhirat nanti.. in shaa Allah...
    Lacyacyd lagi.. :D

    ReplyDelete
  10. Ada ijazah pun bukan menjanjikan semua... yang penting usaha, positif dan hubungan baik kita dengan Allah...

    ReplyDelete
  11. Jadi penyanyi dan pelakon ataupun pelawak pun tak payah ada ijazah, ada rezeki lebih jadi duta produk pula. Lumayan beb, tengok zizan dengan nabil. Nabil daripada motor rx-z boleh ada superbike, kereta evo lancer, ada satu rumah tu dihadiahkan oleh pemaju pada dia, padahal dia cuma datang tengok je.

    ReplyDelete
  12. dan perkara paling penting utk dpt kesemua angka menarik tu ialah kesungguhan..:)

    ReplyDelete
  13. Rezeki kita....Allah yg maha menentukan..

    ReplyDelete
  14. mama sha pun study sampai spm je, tapi alhamdulillah, gaji dah steady je sekarang.... anak dia nih haaa terumbang ambing lagi.... tapi semangat plak tengok entri ni... sebab pernah rendah diri sebab takde ijazah.. haha

    ReplyDelete
  15. Secara amnya, ada tiga jenis pekerjaan di dunia ini. 1) Yang memerlukan sijil seperti doktor, jurutera, nurse, chargeman, lecturer dll, kalau tiada sijil memang tidak boleh bekerja di dalam bidang tersebut. 2) Pekerjaan yg sebaik2nya mempunyai sijil yg berkaitan walaupun tidak wajib seperti eksekutif akaun, jurutera di kilang, dll 3) Pekerjaan terbuka yg tidak memerlukan sijil yg specific seperti pembaca berita, agen insurance, agen hartanah dll. 3/4 dari pengarah2 syarikat mempunyai sijil. Apa kesimpulannya. 1) Jika tiada sijil memang tidak boleh masuk bidang2 tertentu. 2) Peluang untuk berjaya lebih cerah jika ada sijil walaupun bukanlah jaminan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat