RON95 Akan Di Kaji Jika Harga Minyak Dunia Terus Jatuh

RON95 Akan Di Kaji Jika Harga Minyak Dunia Terus Jatuh

Harga Minyak Dunia terus Jatuh


Harga minyak dunia terus jatuh. Dan kejatuhan ini dijangka berterusan sehingga tahun 2015 berikutan permintaan yang lemah di pasaran di seluruh dunia. Minggu lepas harga minyak mentah didagangkan pada harga AS$78.13 (RM261.46) setong. Ini merupakan harga terendah dalam tempoh empat tahun. hmmm...ini berita baik ke berita buruk?
Kalau nak ikutkan, penurunan harga minyak dunia ni seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia amnya dan Malaysia specifically. Namun sebaliknya berlakukan. Bulan lepas sewaktu harga minyak dunia jatuh dari paras AS$103 setong  kepada AS$90.73 setong, harga minyak di Malaysia naik sebanyak 20 sen. Dan kini harga minyak jatuh lagi kepada AS78.13 setong. So apa nasib kita kali ni? 

Harga Minyak Di Kaji Jika Jatuh Pada Harga AS70-75


Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kajian penurunan harga RON95 hanya akan dibuat sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong. (Hmmm...Nampak gayanya kena tunggu minyak jatuh lagi AS3 setong ni. Harap-harap sempat lah ya coz OPEC dah nak mesyuarat next week). 

Menurut beliau lagi bila harga minyak mentah turun ke paras itu cadangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan. Jika harga minyak berada pada paras antara AS$70-AS$75 setong, ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.

Apa-apa pun kita doakan ajelah yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Pada ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Kalau dapat turun 50 sen dah cukup bagus.

Comments

  1. semoga harga minyak semakin turun... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Harga minyak kat Malaysia ni tolonglah kasi turun sikit.

    ReplyDelete
  3. kalau nak turun harga kemain lagi buat kajian macam2. hihi.
    klik inti untuk raudzah

    ReplyDelete
  4. Mudah2an adalah penurunan.. cuma kebiasaannya bila dah naik ni agak susah sikit nak turun... wallahualam..

    ReplyDelete
  5. semoag turun demi mengurangkan penderitaan rakyat marhein ...

    ReplyDelete
  6. Harap dapatlah diturunkan. Tapi, memandangkan nilai matawang kita sendiri yang makin menyusut, agak mustahil RON95 dapat dikurangkan harganya walaupun harganya dilihat semakin jatuh.

    Entah siapa lah yang manage ekonomi Malaysia ni sampai begitu teruk rakyat biasa hadapi kenaikan kos sara hidup.

    ReplyDelete
  7. semoga harga turunlah ye.. amin ya ALLAH

    ReplyDelete
  8. moga makin jatuh harga minyak. myk keta pun dh jd belajawan besar bulanan. hari tu dgr harganya jatuh tp keraj mmg x bercadang nak turunkan harga myk. kali ni jatuh lagi, hope ada lagi kejatuhan. jimat la duit kita.

    ReplyDelete
  9. Bila harga minyak dunia turun...secara tidak langsung, hasil export negara juga turun (kita pengekport minyak)...
    Hope alasan itu tidak digunakan utk tidak menurunkan harga minyak..

    ReplyDelete
  10. Kalau naik laju jerrr... nak turun kena kaji dulu... kuang3x...

    ReplyDelete
  11. Takkan turun dah harga minyak...asyik dok kaji jer... bila naik xpayah nak kaji pulok, laju jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat