Tips Mudah Bersyukur


Tips Mudah Bersyukur
Tips Mudah Bersyukur

Setiap pagi bila kita bangun dari tidur, perkara pertama yang harus kita buat adalah mengucap syukur kepada Allah kerana masih diberikan nyawa untuk terus hidup. Namun pastinya ada diantara kita yang mungkin terlupa untuk bersyukur coz ianya dianggap seperti rutin harian. Kerdilnya diri kitakan...Tapi tak apa masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan diri kerana ada beberapa tips yang nak kita kongsikan yang boleh mendidik hati kita untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur. Antaranya:

1. Biasakan diri kita dengan ucapan "Terima Kasih". Ingat manusia yang sukar berterima kasih dengan manusia pastinya lebih sukar berterima kasih dengan Allah.

2. Sentiasa ingat akan perkara-perkara baik yang terjadi kepada diri kita. Samada perkara yang besar maupun kecil. Contohnya kejayaan dalam hidup. Rezeki yang melimpah ruah. Keluarga yang bahagia.

3. Bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih susah. Bandingkan kesempurnaan wajah kita yang diberikan Allah berbanding mereka yang tak sempurna atau bandingkan "kelebihan juadah" yang diberikan Allah berbanding mereka yang tidak punya makanan untuk hidup.

4. Sentiasa muhasabah diri. Senaraikan perkara-perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh dalam hidup kita tapi besar hikmahnya. Udara yang kita sedut untuk bernafas, telinga yang boleh mendengar, mata yang boleh melihat serta mulut yang boleh bercakap atau makan. Siapalah kita tanpa nikmat ini.


Semoga tips ini dapat membantu untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah.

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsiannya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah RDZ..terima kasih perkongsian ini..saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah perkongsian yang baik..jom sama2 amalkan..hihi

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bagus. terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  5. Dengan bersyukur, kita akan dikurniakan dgn yg lebih baiik. Subhanallah walhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg baik terutama isu membandingkan dgn yg lebih susah. Lihat ajelah negara kita ni sebenarnya terbaik. Org luar sibuk dtg nak cari rezeki di sini. Kita pulak tak mahu gunakannnya. SO.. kena bersyukur dpt duduk di sini. Gunakan sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
  7. Ucap alhamdulillah pun hati dah rasa bersyukurrr sgt.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    t.kasih atas perkongsiannya Raudzah

    ReplyDelete
  9. selalu jugak ingatkan diri sendiri dan hasben, rezeki sedikit tu bersyukurlah, tak pernah kurang sen walaupun tak bekerja lagi... alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  10. Manfaat Aktivasi Rejeki :

    Menetralisir rintangan kehidupan/energi negatif dengan metode getaran. Energi negatif yang minim akan mempermudah pencapaian target kehidupan. Anda akan kami ajarkan metodenya sehingga mampu melakukan ruwatan/pembersihan pada diri sendiri.

    * Peningkatan kualitas keberuntungan.

    * Lebih tenang, sabar, mudah bersyukur dan percaya diri.

    * Mampu mentransfer energi untuk keperluan seperti : peningkatan omset, peningkatan karir, lebih cepat mendapatkan jodoh dll


    http://pelatihanintienergi.com/pelatihan-aktivasi-rejeki.php

    0812 8202 7639 / 085 777 269 266

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat