4 Fakta Menarik Mengenai Rakyat Malaysia

44,000 kanak-kanak Malaysia tidak bersekolah - Pegawai PBB
4 Fakta Menarik Mengenai Rakyat Malaysia

4 Fakta Menarik Mengenai Rakyat Malaysia


Pagi tadi kita ada terbaca 4 fakta menarik mengenai rakyat Malaysia yang di kongsikan di Astro Awani online. Fakta ini adalah rumusan yang dibuat oleh Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA). Ada diantaranya agak memeranjatkan juga. Hmm..So pada yang belum berkesempatan untuk membaca, jom kita tengok apa yang menarik. 

1. Di sebalik kadar celik huruf yang tinggi di negara ini, Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati sehingga tahun 2009, kira-kira 44,000 kanak-kanak dalam usia persekolahan tidak pernah bersekolah.

2. Sejumlah besar rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda belum bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Lebih 150,000 rakyat Malaysia berkahwin pada usia terlalu muda iaitu bawah 19 tahun dan mengorbankan peluang mereka untuk mendapat pendidikan serta menjadi sebahagian daripada kumpulan tenaga kerja produktif di sebuah negara berpendapatan tinggi.

3. Dua kes baharu wanita dijangkiti virus HIV dilaporkan di Malaysia setiap hari. Wanita dan remaja perempuan merangkumi 18 peratus daripada jumlah mereka yang baru dijangkiti virus itu pada tahun 2009, berbanding empat peratus pada 1996.

4. Lebih 8.4 juta atau 30 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada golongan muda berusia 10 hingga 24 tahun.

So apa komen you all? Setuju ke tidak dengan fakta di atas?
Source

Comments

  1. Good info Raudzah...
    Ramai rakyat Malaysia ni...muda2 rupanya..

    ReplyDelete
  2. yang no2 tu pagi tadi baru terbaca tentang remaja lelaki berusia 15 tahun berkahwin dengan remaja perempuan berusia 17 tahun huhu

    ReplyDelete
  3. Setuju rasanya cuma yg no 3 tu mmg kena berjaga2... perlu dikurangkanlah melalui apa cara sekalipun... kesian...

    ReplyDelete
  4. hurm x dinafikan...mmg perhatikan skrng ramai yg kawen muda..tapi sygnya bila mental n fizikal x kuat..ramai yg bercerai..kesian anak2..

    ReplyDelete
  5. betul sangat... tak dinafikan.. kesian kanak2 yang tidak bersekolah kan... ini termasuk anak2 gelandangan...

    sha yang kahwin ni pun kena lawan dengan kekuatan mental dalam perkahwinan.... memang nak elakkan maksiat... tapi ibubapa kena main peranan mengajar anak2 yang kahwin muda ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat