Guru Di Bakar, Kanak-Kanak Di Penggal Taliban

Korban Serangan Taliban

Guru Di Bakar, Kanak-Kanak Di Penggal Taliban


Taliban seringkali dikaitkan dengan pengganas. Yang sedihnya mereka adalah umat islam yang sama seperti kita semua sepatutnya benci kepada keganasan, Namun perkara sebaliknya berlaku. Serangan Taliban yang dilakukan ke atas  Sekolah Awam Tentera di Peshawar di barat laut Pakistan pada hari Selasa yang lalu mengejutkan dunia. Dalam serangan tersebut, seramai lebih 140 orang terkorban. Kebanyakan mereka adalah pelajar. Apa yang menyedihkan, ada dakwaan mengatakan kepala kanak-kanak dipenggal dan seorang guru dibakar hidup-hidup di hadapan sekumpulan pelajar yang dipaksa untuk menyaksikan kejadian ngeri tersebut.Hmm..kejamnya lah...

Terpaksa Berlakon Mati Untuk Selamatkan Diri
PESHAWAR (Pakistan): Pihak berkuasa tentera Pakistan mengesahkan 141 orang, termasuk 132 pelajar sebuah sekolah awam tentera telah terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata puak Taliban di sini pada Selasa.

Kira-kira 500 pelajar dan guru berada di Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak ketika kejadian itu berlaku.
Antara Yang Terkorban
Wajah-Wajah Mereka Yang Melakukan Kekejaman

Antara mangsa yang terselamat dalam serangan tersebut adalah Shahrukh Khan, yang berusia 16 tahun. Beliau yang  bersembunyi di bawah meja ketika tembakan dibuat ke atas badan mayat pelajar yang bergelimpangan terpaksa berpura-pura seperti mati dengan menutup mata dan bersembunyi di tepi mayat rakan. Menurut beliau badannya mengeletar. Beliau dapat rasakan kematian semakin hampir apabila pengganas menghampiri beliau untuk memeriksa semua mayat pelajar yang terbunuh. Hmmm..pastinya trauma. Moga-moga Allah terus memelihara kita semua dari apa jua bentuk kekejaman. Aminnn

Comments

  1. Memang ngeri dear, semalam ada tertengok berita ni juga...

    ReplyDelete
  2. sala, pagi..cerita dunia ada sedih menakutkan..gembirakan

    ReplyDelete
  3. Tak sampai hati nak baca...
    Sangat kejam!

    ReplyDelete
  4. ok satel sudah heee..kedua sekali

    ReplyDelete
  5. Sedih + Kesian kerana Taliban umat Islam dianggap pengganas.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..mengapa jadi begini.. :'(

    ReplyDelete
  7. YA ALLAH KEJAMNYA... BUKAN CARA ISLAM NI ... LEBIH PADA KAFIR... ISLAM MMG MENENTANG KEGANASAN WAIMA SESAMA ORG BKN ISLAM SEKALI PUN

    ReplyDelete
  8. Taliban memang pelampau yang patut dihapuskan. Perspektif mereka terhadap
    Islam adalah sesuatu yang jumud malah merosakkan.

    ReplyDelete
  9. gila n kejam tul sebab bunuh sedara islam. kalu nak berjihad gak gi la serang Israel nun!

    ReplyDelete
  10. Ya allah, nasib baik depa xkesan SK tu hidup lagi. Memang mengerikan:(

    ReplyDelete
  11. Astagfirullah... kenapalah kejam sungguh mereka ni..

    ReplyDelete
  12. rasanya Islam mrk x sama mazhab dgn Islam kita ... dr segi nilai kemanusiaan , mmg x de siapa yg akan membenarkan perkara seperti ini berlaku ... marigold .

    ReplyDelete
  13. sedihnya...
    tak sanggup nak bayangkan...
    kenapa kekejaman sebegini berlaku...?? :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat