Jual Tisu Dapat RM2500 Sebulan?


Jualan Tisu OKU Raih Pendapatan Lumayan?

Jual Tisu Raih Pendapatan Lumayan


Isu jualan tisu dikhalangan OKU bukanlah isu baru. Sejak dulu inilah merupakan sumber pendapatan utama bagi mereka yang kurang berkeupayaan ini. Namun isu menjadi hangat apabila dikatakan sebahagian OKU yang buta dan menjadikan kerja menjual tisu sebagai pekerjaan dipercayai memperoleh pendapatan melebihi RM2,500 sebulan. Melebihi pendapatan pekerja yang normal. Malah, 'gaji' penjual tisu juga dikatakan menjadi antara gaji paling tinggi berbanding gaji OKU lain yang menjadi kerani, membuat bakul, tukang urut dan sebagainya. 

Melihat daripada "kemewahan" yang diperolehi oleh sebilangan OKU ini, banyak pihak yang merasa tidak wajar pekerjaan ini dibiarkan berleluasa serta bantuan EPC diberi kepada mereka. Mereka berpendapat angka ini "tidak wajar" kerana kerjanya sangat mudah. Modalnya juga kecil. Dan yang lebih buruk, hasil memberangsangkan yang diterima daripada jualan tisu juga akan menggalakkan rakan-rakan senasib untuk melakukan 'pekerjaan' yang sama dan akhirnya mereka terlepas peluang berdikari untuk mencari rezeki. Apatah lagi aktiviti ini dilihat 'tidak salah' walaupun sebenarnya ia adalah umpama minta sedekah yang 'terselindung' di sebalik aktiviti berniaga.

Jual Tisu Dapat RM2500 Sebulan?


Kita tidak tau sejauhmana kebenaran angka di atas, namun tak menafikan bahawa adakalanya rezeki mereka mungkin mencapai angka tersebut, namun kita pasti ia bukan pendapatan tetap. Sama seperti mereka yang berniaga. Adakala rezeki berlebihan adakala rezekinya berkurangan.

Nak salahkan mereka juga tidak wajar rasanya. Sekurang-kurangnya mereka masih bekerja. Berapa ramai diluar sana yang masih belum bekerja atau tak mau bekerja biarpun sihat walafiat. Dan apakah initiatif yang ada cukup besar bagi mereka untuk melepaskan pekerjaan menjual tisu ni? Berapa ramai di antara mereka yang terpilih untuk menjadi kerani atau operator talipon di syarikat-syarikat tertentu? 

Kita bukannya menyokong aktiviti mereka, cuma kadang-kadang apa yang kita perhatikan initiatif yang diambil oleh pihak yang berkeupayaan ini sebenarnya masih kurang. Jika kerajaan benar-benar serius untuk mengurangkan aktiviti menjual tisu ini, kerajaan perlu ada program-program tertentu yang lebih sistematik untuk menarik minat mereka yang tidak upaya ini. Bukan hanya aktiviti mengayam bakul atau tukang urut.

Comments

  1. betul tu sis..jangan persoalkan apa yang OKU buat.yang terlebih upaya ni tak buat apa-apa ke?

    ReplyDelete
  2. kalau susah trpat satu tempat minta mereka buat sesuatu manfaat

    ReplyDelete
  3. Assalam... pendapatan dari menjual tisu tu mungkin tak seberapa, jika dilihat dari modal membeli tisu tersebut... oleh itu jika mereka memperolehi lebih hingga angka tersebut, mungkin lebih kepada dari sedekah oleh mereka yang bermurah hati, yang mungkin sanggup mengambil tisu dengan jumlah yg jauh lebih tinggi dari harga jualan... Itu adalah rezeki mereka... yang tentunya adalah dari Allah swt. Jika berlaku penipuan, itu urusan mereka dengan Allah swt.

    ReplyDelete
  4. Hmmm...tak apalah janji jalan itu untuk mencari rezeki yg halal..

    ReplyDelete
  5. Apa yg saya lihat jual tisu ni lebih kpd minta sedekah sebenarnya.. ada antara kawan2 yg bagi rm1 pun tak nak ambil tisu tu. Ramai yg buat mcm tu... Tak taulah nak ckp ttg hal ni. Klu org kita yg betul buta tu, kesian jugak...

    ReplyDelete
  6. takpe... yang niat bersedekah tu moga Allah beri limpah rahmat lagi .. kita bersangka baik dengan mereka.. :))

    ReplyDelete
  7. Eeemmm...susah jugak nak komen...
    Tapi...kalau tak jual tisu...Apa lagi yang boleh dijadikan punca rezeki?....
    lainlah kalau ada pejabat2 atau kilang2 yang nak ambil mereka bekerja..

    ReplyDelete
  8. kesian jugak kadang.... selalu kami lakibini sedekah aje... bila diorang nak bagi tisu kat kami... hurm... OKU2 ni tak diberi peluang lebih baik untuk bekerja kak raudzah... macam hasben sha, lepas terima tawaran, dia cakap dia OKU... terus pihak yang nak ambil kerja buat diam je... hurm

    kalau negara luar... diorang pandang OKU ni sama macam yang normal.... ada peluang pekerjaan... mana ada penjual tisu tepi jalan gini :(

    ReplyDelete
  9. yang penting mereka berusaha juga untuk mendapat rezeki yang halal..tak kira berapa banyak pendapatan mereka, tu kan rezeki mereka :)

    ReplyDelete
  10. Betul juga apa yang Raudah tuliskan,perlu ajar dan pelbagaikan kemahiran mereka
    dan bukan terhad kepada satu dua perkara saja. Tak boleh under estimate golongan
    ini kerana sebenarnya mereka punya banyak kebolehan yang belum dikesan lagi.
    JKM kenalah lebih kreatif kan ?

    ReplyDelete
  11. Mereka jual tisu sebab itu yang paling senang nak dijual. Pernah nampak orang tua terbongkok-bongkok jual tisu.. tak ambil kesian pula, anggap je sebagai amal..

    ReplyDelete
  12. utk oku saya lbh kepada sedekah . tak ikut harga tisu pun ...

    ReplyDelete
  13. KY lebih rela beli tisu dari OKU dari beli kerepek yg dijual pakcik n makcik kat depan bank..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat