Urusan Bank Pun Kena GST..Hmmmm

Urusan Bank Pun Kena GST
Urusan Bank Pun Kena GST

Urusan Bank Pun Kena GST


Hebat GST ni..Makin lama makin banyak servis yang dikenakan. Yang terbaru adalah caj tambahan yang akan dikenakan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank. Dalam ertikata lain nak keluarkan duit pun kena GST. Kalau sekarang, caj MEPS sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap pengeluaran wang, selepas 1 April 2015, bayaran tambahan akan dikenakan yang merupakan caj GST. 

Selain daripada pengeluaran wang, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham. Hmmm...macam-macam nak kena bayar nanti.

So pada semua rakyat Malaysia, belajarlah untuk memahami GST. Jangan terkejut nanti kalau budget bulanan lari jauh coz GST ada dimana-mana. 

Comments

  1. Betul tu kena baca dan fahami betul2 apa itu GST dan faedahnya kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. eis, kengkonon dlm iklan GST ni xakan ada buat perubhn sgt dlm idup kita..aishh..

    ReplyDelete
  3. Yeyyyy... seronok sangat. Pasni semua orang kena gst. Tak kira kaya dan miskin. Adil dan sama rata. Moga2 dengan duit cukai tu nanti akan bertambah baik la jalan masuk kampung aku yang dah berlubang-lubang tu. Tak pun, dapat la nanti kerajaan bina lrt sampai depan rumah setiap rakyat.

    ReplyDelete
  4. kalau betullah apa yang dikatakan, masa tu aku akan keluarkan sekali gus duit dari dalam atm tu bila gaji, contohnya bila gaji, keluar sikit-sikit (RM500) maknanya dalam sebulan tu 3 ke 4 kali keluar, tapi bila GST, aku ingat nak keluar sekali gus contohnya masuk gaji masuk RM 3,426.00. aku akan keluarkan banyak tu jugak, jadi kena gst sekali jelah dalam bulan tu.

    ReplyDelete
  5. dah mcm singapore lah pulak . mcm topup dana jer ... ermmm

    ReplyDelete
  6. Eerrrmmm....
    Sbb perkhidmatan bank..bukan barang makanan...huhu

    ReplyDelete
  7. Lebih banyak yg kena cukai ni mcm mana ni hmmm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat