Cinta Siber, Catat Rugi RM16 Juta



KUALA LUMPUR: Kes penipuan cinta dan penipuan transaksi bagi pembelian barangan secara dalam talian merupakan kes palingbanyak daripada 403 kes penipuan internet yang melibatkan kerugian RM16 juta yang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pegawai Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Ibu Pejabat Polis Persekutuandi Bukit Aman, Asisten Superitendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, kes penipuan cinta internet biasanya melibatkan wanita rakyat Malaysia yang menjalin hubungan dengan warga negara Afrika dan akhirnya melakukan transaksi wang kepada akaun 'kekasihnya' itu.
"Kajian mendapati antara golongan wanita yang sering menjadi mangsa ialah ibu tunggal, wanita belum berkahwin dan wanita yang mempunyai masalah rumah tangga," katanya pada Forum Kepenggunaan Penipuan Internet Terjebak atau Tamak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa agensi lain, di sini, Rabu.
Beliau berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 6,586 laporan diterima yang membabitkan kerugian RM34 juta manakala pada 2010 sebanyak 6,238 laporan diterima yang melibatkan kerugian RM18 juta.
Mengenai penipuan transaksi pembelian barangan pula, Mohd Syafiq Jinuin berkata, "scammer" biasanya menggunakan laman web milik pihak lain untuk melakukan penipuan.
Menurutnya lagi, laman-laman web tersebut yang tidak mempunyai peraturan khusus, dan bebas mengakibatkan penipuan terus berlaku.
Mohd Syafiq berkata, selain itu penipuan internet turut melibatkan kegiatan 'phishing' dan kes penipuan kewangan secara dalam talian.
"Bagi kes penipuan kewangan atas talian modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis, yang meyakinkan mangsa agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah, atau menyelesaikan hutang kad kredit," katanya.
Katanya, mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.
Sementara itu, Pengarah Pejabat KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin berkata, sejak Januari lepas sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 81 aduan kes penipuan "gores dan menang".
"Jumlah kerugian ialah RM649,025, dan daripada kerugian itu, jumlah terbesar dialami oleh seorang pesara wanita (58 tahun) yang ditipu sebanyak RM123,000sejak Mac lalu dengan melakukan empat transaksi kepada sindiket "gores danmenang"," katanya.
Katanya, di Kuala Lumpur antara kawasan menjadi tumpuan sindiket 'gores dan menang' ialah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, Monorail KL Sentral, jejantas Monorail Times Square, serta beberapa kawasan lain. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat