10 Bandar Popular Yang Telah Hilang di Dunia (Lost Cities)

 10. Hvalsey di Greenland

Hvalsey
Hvalsey adalah satu farmstead Eastern Settlement yang terbesar bagi ketiga-tiga penempatan Viking di Greenland. Pada zaman kemahsyurannya kawasan ini di duduki oleh  4000 penduduk.

9. Ani di Turkey

 Ani
Terletak di sepanjang laluan karavan utama timur-barat, kota Ani bermula pada abad ke-5 Masihi dan telah menjadi sebuah bandar yang terkenal pada abad ke-10. Terkenal sebagai "Kota 1001 Gereja" kerana gereja-gereja yang di bina ketika itu mempunyai senibina terbaik. Pada zaman kemahsyurannya, Ani mempunyai penduduk seramai 100,000 kepada 200,000 orang.

8. Palenque di Mexico
 Palenque
Palenque di Mexico adalah lebih kecil berbanding beberapa bandar-bandar lain yang telah hilang, tetapi ia mengandungi beberapa ukiran dan seni bina terbaik pernah dihasilkan. 
7. Tiwanaku di Bolivia
 Tiwanaku
Terletak berhampiran dengan pantai tenggara Tasik Titicaca di Bolivia, Tiwanaku adalah salah satu prekursor yang paling penting untuk Empayar Inca. Dalam tempoh masa di antara 300 SM dan 300 AD Tiwanaku dikatakan telah menjadi kota tumpuan bagi masyarakat luar. Mempunyai sekitar 15,000-30,000 penduduk. Sekitar 1000 AD, selepas perubahan dramatik dalam iklim, Tiwanaku tidak lagi menjadi pusat pengeluaran makanan utama serta hilang kekuasaannya.

 6. Pompeii di Italy
 
Pompeii
Pada 24 Ogos, 79 Masihi, gunung berapi Vesuvius meletus. Abu dan tanah meliputi bandar Pompeii. Segala-galanya hilang dan akhirnya Pompeii, bersama-sama dengan Herculaneum, telah ditinggalkan dan akhirnya nama dan lokasi mereka telah dilupakan. Mereka ditemui semula pada abad ke-18.  

5.  Teotihuacan di Mexico

Teotihuacan
Dalam abad ke-2 SM, bandar ini muncul di lembah Mexico. Penurunan penduduk di abad ke-6 Masihi telah dikaitkan dengan kemarau panjang disebabkan perubahan iklim. Tujuh abad selepas kematian empayar Teotihuacan piramid bandar yang hilang telah diberi penghargaan dan digunakan oleh orang-orang Aztec sebagai tempat ziarah.
   
4. Petra di Jordan

 Petra
Petra, adalah ibu kota lama kerajaan Nabataean. Bandar yang luas serta unik ini terletak di selatan Jordan. Merupakan laluan penting untuk sutera dan rempah yang menghubungkan negara China, India dan selatan Saudi dengan Mesir, Greece dan Rom. Selepas gempa bumi yang melumpuhkan sistem pengurusan air yang penting kota itu hampir sepenuhnya terbengkalai di abad ke-6. Selepas Perang Salib, Petra telah dilupai sehingga akhirnya bandar yang hilang ini telah dijumpai semula oleh Johann Ludwig Burckhardt pengembara Switzerland pada tahun 1812.

3. Tikal di Guetimala

Tikal
Antara ca. 200 hingga 900 Masihi,, Tikal adalah bandar terbesar dengan kepadatan penduduk di antara 100,000 dan 200,000 orang. Tikal kehilangan majoriti penduduknya dalam tempoh 830-950. Selepas 950, Tikal menjadi lengang dan kebanyakan penduduknya tinggal di dalam pondok di antara runtuhan. 

2. Angkor Wat di Cambodia

Angkor Wat
Angkor adalah sebuah bandar kuil terbesar di Kemboja. Mempunyai tinggalan sejarah yang indah yang telah dibina oleh Empayar Khmer, dari abad ke 9 hingga abad ke-15 Masihi. Ini termasuk kuil Angkor Wat yang terkenal, monumen keagamaan terbesar di dunia, dan kuil (di Angkor Thom) Bayon dengan pelbagai wajah batu besar. Hampir semua Angkor telah ditinggalkan, setelah di ceroboh Ayutthaya, kecuali untuk Angkor Wat, yang kekal sebagai kuil Buddha.

1. Machu Picchu di Peru

#1 of Lost Cities 
Salah satu daripada bandar-bandar hilang yang paling terkenal di dunia. Walaupun dikenali di dalam negara di Peru, sebahagian besarnya tidak diketahui oleh dunia luar sebelum ditemui semula pada tahun 1911

cr: http://www.touropia.com

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat