Rekaan Dahsyat : Tandas untuk negara-negara membangun (Toilet for developed countries)

PROFESOR Sains Alam Sekitar Institut Teknologi California, Michael Hoffman menunjukkan tandas ciptaan pasukannya yang memenangi hadiah Gates di kampus Yayasan Bill dan Melinda Gates di Seattle kelmarin.

SEATTLE - Lelaki kedua terkaya di dunia, Bill Gates (gambar kecil) sebelum ini mencari tandas yang dicipta dengan menggunakan kuasa solar untuk negara-negara membangun.

Pencarian itu akhirnya berakhir apabila beliau memberikan hadiah kemenangan sebanyak AS$100,000 (RM312,688) kepada Institut Teknologi California kelmarin dalam pertandingan mencipta tandas tersebut.

Tandas itu mengitar semula air dan menjadikan najis manusia menjadi gas hidrogen yang boleh disimpan untuk tujuan membekalkan tenaga.

Pengasas bersama syarikat perisikan komputer Microsoft Corporation itu menganjurkan projek memilih tandas untuk negara-negara membangun di kampus yayasannya di sini. 

Yayasan Gates turut mengumumkan dana sebanyak AS$3.4 bilion (RM10.63 bilion) untuk projek tandas tersebut.

Antara ciptaan yang dipamerkan itu ialah mentransformasikan bahan kumbahan manusia menjadi elektrik. 

Tandas yang berfungsi dengan menggunakan pedal mekanikal dan sistem rantai hasil ciptaan kumpulan Fundacion In Terris dari Ecuador turut menjadi tumpuan pada pertandingan itu. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat