Skip to main content

Gambar-gambar X-Ray yang mengejutkan

Shocking X-Rays
Gambar x-ray menunjukkan Enam paku tertanam dalam tengkorak pekerja pembinaan, Isidro Mejia, 39. Lima batang paku telah dikeluarkan melalui pembedahan pada hari yang sama, manakala yang keenam telah dibuang 4 hari berikutnya.(AP Photo / foto yang dikeluarkan oleh Providence Holy Cross Medical Center)
 
Shocking X-Rays 
X-ray menunjukkan 17centimeter (6.7 inci) gunting pembedahan berada di dalam perut Pat Skinner yang berusia 69 tahun di Sydney, Australia. Pat Skinner yang mengalami kesakitan yang teramat sangat selepas satu pembedahan, telah bertekad untuk melakukan x-ray yang akhirnya membawa kepada penemuan gunting dalam abdomen beliau. (AP Photo / Rob Griffith)
 
 Shocking X-Rays 
Imej X-ray menunjukkan tengkorak lelaki Cina, Chen Liu,  selepas ditembak berulang kali di kepala dengan senapang paku berkuasa tinggi. (AP Photo / Polis New South Wales, HO) 

  Shocking X-Rays 
Seorang doktor memaparkan gambar X-ray menunjukkan botol minuman keras, di temui di dalam perut Mohammad Yusuf di Patna, India. Botol tersebut telah berjaya dikeluarkan melalui satu pembedahan (AP Photo / A.P.Dube, Hindustan Times) 

 Shocking X-Rays  
Imej X-ray seorang wanita Cina, Luo Cuifen, 29, menunjukkan beberapa batang jarum berada di dalam tubuhnya. Pakar bedah Cina telah merancang untuk mengeluarkan 23 jarum dari Luo, di percayai dimasukkan oleh datuk dan nenek beliau yang cuba untuk membunuhnya. (AP Photo / Richland International Hospital, HO)

 Shocking X-Rays 
X-ray menunjukkan seekor ular yang berukuran 4 kaki panjang telah menelan beberapa mentol lampu.

The World's Most Shocking X-rays 
Safdar Ali Shah, 36, memaparkan X-ray perubatan beliau yang menunjukkan sebilah Gunting berada di bahagian bawah abdomen beliau. Shah berkata beliau pergi ke hospital pada April 7, 2012 untuk menjalani pemeriksaan perubatan kerana sakit berterusan di dalam abdomen, dan terkejut apabila doktor mengenal pasti bahawa terdapat gunting di dalam abdomen beliau  yang telah ditinggalkan oleh pasukan perubatan yang melakukan operasi pada tahun 2000. REUTERS / Akhtar Soomro

 The World's Most Shocking X-rays
X-ray menunjukkan sebilah lembing yang telah menembusi kepala Lopez Yasser berusia 16 tahun. Pada hari kejadian, Lopez sengaja ditembak di kepala, ketika bermain lembing bersama kawan-kawannya. Lembing tersebut menembusi otaknya dan berada betul-betul di atas mata kanannya. Walaubagaimanapun, Lopez bernasib baik kerana tiada struktur otak penting yang telah rosak akibat kejadian tersebut dan Lopez kini telah pulih sepenuhnya. REUTERS / Jackson Memorial Hospital /  

 Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat