Belasah nenek tuntut sewa bilik

 

KUALA LUMPUR: Bagai dirasuk setan. Seorang nenek bukan saja disembur racun serangga pada mukanya, malah turut ditolak, dipukul dan ditekup bantal oleh penyewa bilik yang berang dengan tindakan wanita terbabit yang menuntut sewa.

Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan penyewa itu terhadap nenek 72 tahun terbabit bagaimanapun berakhir selepas seorang jiran yang mendengar bunyi bising dari dalam rumah mangsa di Kampung Pandan, di sini, membantu menyelamatkannya, kelmarin.

Sumber berkata, insiden hampir 30 minit itu bermula kira-kira jam 7 malam selepas mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan mengetuk pintu bilik meminta penyewa bilik di rumahnya itu membayar tunggakan sewa.

“Selepas beberapa kali mengetuk pintu, penyewa terbabit membuka pintu bilik. Mangsa kemudian meminta wanita terbabit menjelaskan tunggakan sewa.

“Wanita berkenaan yang dipercayai tidak puas hati dengan permintaan itu bertindak menghalau mangsa keluar dari dalam biliknya,” katanya.

Malangnya, sebaik mangsa keluar dari bilik itu, wanita terbabit bertindak menghalangnya lalu menyembur racun serangga ke arah muka mangsa menyebabkan matanya pedih.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat