Hanya Pemandu Dirakam Menerusi Kamera Akan Didenda - JPJ

 Hire a Limo and Chauffeur


PUTRAJAYA: Pemandu kereta akan diberikan peluang untuk membuktikan bahawa mereka tidak bertanggungjawab ke atas kesalahan trafik yang dirakamkan oleh kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, di bawah sistem AES, pesalah akan menerima saman menerusi alamat berdaftar.

Surat itu akan meliputi sekeping gambar pemandu dan kenderaan. Pemilik kenderaan akan dikenakan saman menurut butiran yang terkandung dalam pangkalan data JPJ, meskipun pemiliknya bukan pemandu yang melakukan kesalahan itu.

“Sudahnya, kesalahan itu akan jatuh pada pemandu dan bukan pemilik kenderaan. “Pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan itu boleh menyatakan kes mereka dengan jabatan itu dan membuktikan bahawa mereka tidak bersalah,” kata pegawai itu pada Rabu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan pada Selasa berkata, kamera AES dilengkapi pengesan resolusi 11 megapiksel di mana boleh merakamkan imej kenderaan yang bergerak pada kelajuan tinggi dengan jelas.

Sistem itu akan dilancarkan pada Ahad dengan 14 kamera yang dipasangkan di kawasan sering berlakunya kemalangan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, 10 kamera untuk merakam pemanduan melebihi had laju dan empat untuk merakamkan pemandu yang melanggar lampu merah.

Dalam masa dua hari, seramai 2,592 pesalah dikesan daripada 809 kamera kerana memandu laju dan 2,143 kerana melanggar lampu merah.

Solah berkata, kamera itu akan dipasang di 817 kawasan hitam di seluruh negara secara berperingkat.
Papan tanda akan diletakkan bagi memberi amaran kepada para pemandu mengenai kewujudan kamera berkenaan di lokasi bagi mematuhi undang-undang.

Dua syarikat, ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, melaburkan antara RM300 juta dan RM400 juta bagi mengendalikan kamera AES.

Comments

  1. tgklah nanti mcmmana kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup KA...we'll see k ..tapikan agak-agak kamera tu confuse tak nak shoot orang yang pakai tudung...nampak macam sama je nanti...susah jugak kan..nanti kech pulak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat