Pelakon saman pengarah filem hina Rasulullah

 thumbnail

Los Angeles: Aktres yang berlakon dalam filem mengenai Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan umat Islam akan menyaman pengarah filem terbabit dan berkata skrip filem itu yang bertajuk Desert Warriors, memfokuskan kepada kehidupan 2,000 tahun lalu.

Cindy Lee Garcia berkata, beliau menghubungi penulis dan pengarah filem itu, yang kini bersembunyi, apabila melihat bantahan dan kenyataan di media.
 
Bosan dengan puak radikal

“Mengapa awak lakukan ini dan dia berkata: “Saya bosan dengan puak radikal Islam membunuh sesama sendiri’. Biarkan pelakon lain tahu ini bukan salah mereka. Saya akan menyamannya,” kata Garcia.

Pengarah mengaku rakyat Mesir

Beliau berkata, pengarah filem yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile, mengaku rakyat Mesir dan bercakap dalam bahasa Arab dengan pembantunya di set penggambaran.

Garcia, yang muncul dalam klip online filem itu, berkata beliau membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada karakter dinamakan Master George dalam satu adegan. Watak George digambarkan sebagai pemimpin gagah dan kejam.

Namun dalam paparan 13 minit yang ditayangkan di YouTube, karakter Garcia digantikan dalam adegan itu, dengan alih suara karakter itu merujuk kepada Muhammad, bukan George.

Garcia berkata, beliau takut apabila mendapati kaitan video berkenaan dengan kematian empat rakyat Amerika Syarikat selepas serangan di konsulat Amerika di Libya. REUTERS/AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat