Arab Saudi isytihar cuti Aidiladha 16 hari


Riyadh: Arab Saudi akan memberi cuti selama 16 hari kakitangan kerajaan sempena sambutan Aidiladha, yang dijangka disambut lewat bulan ini, lapor akhbar kelmarin.

Cuti akan bermula 18 Oktober dan berakhir 3 November ini, memetik kenyataan Kementerian Perkhidmatan Sivil Arab Saudi. 
Lebih dua juta kakitangan kerajaan akan mendapat manfaat daripada cuti itu, yang dijangka disambut 26 Oktober ini. Akhbar berkenaan, bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama yang diperoleh sektor swasta sempena perayaan itu. - Agensi 


KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012," katanya dalam kenyataan di sini.

Comments

  1. pergh...kalaulah mesia pun cuti pjg macam tu kan best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he...kalau Malaysia buat camtu...mesti jadi 30 hari coz 16 hari cuti umum...and lagi 14 hari cuti sendiri...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat