Pembedahan pindah tangan pertama di UK

UK kendali pembedahan pindah tangan pertama  
Pakar bedar Simon Kay bersama Mark Cahill. - Foto ihsan The Sun


LONDON - Bekas pemilik pub dari West Yorkshire menjadi orang pertama di United Kingdom (UK) berjaya menjalani pembedahan pemindahan tangan.

Mark  Cahill, 51, tidak dapat lagi menggunakan tangan kanannya yang lumpuh akibat gaut.

Doktor mengatakan yang Cahill menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani pembedahan selama lapan jam di Leeds General Infirmary.

Masih terlalu awal untuk menilai kawalan tangan akan dapat diberikan tetapi setakat ini beliau sudah mampu menggerakkan jarinya tetapi deria sentuhan belum pulih seperti sedia kala.

 

“Rasanya setakat ini baik-baik saja, tiada lagi kesakitan dan saya sendiri tidak sabar untuk melihat tangan baru saya berfungsi dengan baik,” kata Cahill yang mahu menghabiskan masa bersama cucunya.

Tangan baru Cahill, bapa kepada seorang anak lelaki dan mempunyai seorang cucu, masih lagi berbalut tetapi jarinya sudah boleh digerakkan.


"Harap-harap ini akan mengubah kehidupan saya," katanya lagi.


Beliau menderita penyakit gaut sejak 20 tahun lalu dan lima tahun lalu, penyakit itu merebak sehingga ke tangan kanannya mengakibatkan beliau tidak dapat membuka jarinya, malah tangan kanan tidak dapat berfungsi.


Salah satu pilihan yang ada ialah tangan bionik tetapi beliau menawarkan diri untuk menjalani pembedahan pindah tangan.


 How the remarkable surgery was conducted


Pembedahan ini yang melibatkan prosedur memotong tangan penerima dan memasukkan tangan penderma dilakukan pada masa yang sama.

Tangan penderma dipotong setakat kawasan jam tangan dipakai dan pakar bedah menyambung saraf lengan Cahill dengan tangan penderma yang sesuai bersama saluran darah.


Pembedahan pindahan tangan itu dibuat pada 27 Disember lalu.


Pakar bedah plastik, Prof Simon kay berkata, "pasukan pembedahan sudah bersedia sejak November lalu dan menunggu anggota penderma yang sesuai yang hanya datang pada Krismas lalu."


“Ia amat mencabar kerana menjadi pasukan pertama di UK menjalani pembedahan pemindahan tangan pertama,” katanya.


“Setakat ini, pesakit memberi tindak balas positif,” tambah beliau.


Setakat ini lebih 60 operasi pemindahan tangan telah dibuat di seluruh dunia.


Anugerah Tuhan Perlu Di Jaga Bukan Di Dera!!!!
Beli Emas Di Bank Haram?
Bestnya Offer ni..Rugi Siapa Tak Ambil!!!

Comments

  1. harap harap dapat tangan penderma yang baik baik kan..wah terpengaruh dgn cerita kat tv yg prnah zu tgk suatu masa dahulu...

    ReplyDelete
  2. Kan kak zu..harap-harap tangan tu tak buat hal..he..he..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat