Mata bionik akhirnya berfungsi



Mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal. - AGENSI 



Selepas beberapa tahun menjalani penyelidikan, akhirnya mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal.

Ini sekali gus memberi harapan kepada insan cacat penglihatan di seluruh dunia untuk kembali melihat.

Dibangunkan oleh syarikat Second Sight Medical Products, sistem retina palsu Argus II telah membantu lebih daripada 60 individu cacat penglihatan memperbaiki pandangan mereka.

Malah sesetengah daripada mereka mengaku keputusannya cukup memberangsangkan.

Mengandungi 60 elektrod yang diimplan di dalam retina dan kamera mini khas, Argus II sudah mendapat kelulusan daripada badan sewajarnya di Eropah.

Selepas ini, Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA), dijangka turut memberi kelulusan bagi membolehkan mata bionik itu digunakan di seluruh dunia.

"Mata bionik ini merupakan yang pertama dipasarkan di dunia, mulanya di Eropah dan kemudian di Amerika Syarikat (AS)," kata Naib Presiden Bahagian Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Brian Mech.

Menurutnya, individu yang mendapat manfaat daripada Argus II adalah mereka yang mengalami masalah retinitis pigmentosa, sejenis masalah berkaitan genetik yang jarang ditemukan, berlaku pada 100,000 individu di AS, berikutan kemerosotan bahagian penerima foto retina.

Jelasnya, sel penerima foto menukar cahaya kepada impuls elektrokimia yang kemudian dibawa ke otak melalui saraf optik, yang mentafsirkannya kepada imej.

"Alat tersebut bekerja dengan cara menggantikan fungsi penerima foto," kata Mech.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat