Anak sanggup bunuh bapa sendiri
MIRI – Hanya kerana memarahi menantu perempuannya tidak memasak,
seorang lelaki maut akibat kepalanya dihentak ke dinding berulang kali
oleh anaknya sendiri di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai dekat
sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa, Madang Sengkala, 52,
dikatakan bertengkar dengan anak bongsunya setelah menegur menantunya
yang tidak menyediakan hidangan tengah hari.
Menurut anak sulung mangsa yang enggan dikenali, pada kejadian itu,
bapanya turut dicekik sebelum adiknya berusia 26 tahun itu bertindak
ganas menghentak kepala mangsa berkali-kali ke dinding tanpa belas
kasihan.
Katanya, dia cuba menghalang perbuatan adiknya itu tetapi tidak berjaya.
Ujarnya, selepas itu bapanya tidak sedarkan diri.
“Beranggapan bapa hanya pengsan, saya membiarkan dia terbaring.
“Lebih kurang enam jam kemudian, selepas mendapati bapa masih tidak
sedarkan diri, saya memeriksa keadaannya dan mendapati dia telah
meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.
“Selepas itu, saya dan penduduk kampung melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya semalam.
st**id son >.< you will pay for what you have done to your late father *emosi terlebih*
ReplyDeleteada juga org yg mcm ni yer
ReplyDeleteaduh..mcm betul sanggup pukul sampai mati bapa sendiri..
ReplyDelete