Diskriminasi Rakyat Palestin


Laluan untuk penduduk Yahudi lebih luas berbanding rakyat Palestin.
 

BAITULMUQADDIS - Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan Israel, B'Tselem melaporkan, rakyat Palestin kini bukan sahaja berhadapan dengan diskriminasi pengangkutan, malah pihak berkuasa rejim turut menyekat beberapa kemudahan lain.

Menurut B'Tselem, polis Israel kini bertindak menyiarkan video kaedah membina tembok dalam Hebron bagi mengasingkan kawasan Yahudi dan penduduk Arab.


"Tindakan itu sebagai menyekat kebebasan penduduk Palestin ke bandar Hebron iaitu kawasan diduduki ramai pendatang haram," lapor B'Tselem yang dipetik PNN


Lapor turut memetik, rakyat Palestin di kejiranan Al-Salaimeh turut dipaksa menggunakan kereta kuda atau kereta sorong jika mahu menggunakan laluan ke Masjid Ibrahimi sedangkan penduduk Yahudi bebas berjalan dan memandu kereta di situ.


Dalam kenyataan sama, B'Tselem mendedahkan, polis Israel menghalang jalan raya dengan dawai di mana kawasan penduduk Palestin lebih sempit berbanding kawasan didakwa penempatan Yahudi.








  Source

Comments

  1. semoga Allah menguatkan semanngat sedara seagama kita di sana.

    suatu hari nnti islam akan bangkit kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa ALLAH kak zu..semoga di permudahkan bagi umat islam

      Delete
  2. Dah namanya pun Yahudi...tak bertimbangrasa langsung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat