Garam punca kematian 2.3j seluruh dunia


LONDON - Pengambilan garam berlebihan didakwa menjadi punca kematian 2.3 juta penduduk di seluruh dunia pada setiap tahun.

Dipetik MailOnline, kajian oleh Persatuan Jantung Amerika ke atas 247 dewasa menunjukkan sebanyak 15 peratus daripada mereka meninggal dunia akibat serangan strok dan penyakit  berkaitan kardiovaskular.

Sementara itu, penyelidikan dilakukan oleh pakar di Universiti Harvard mendapati minuman ringan hanya menyebabkan 180,000 orang maut pada setiap tahun, namun jumlah tersebut tetap berada pada tahap membimbangkan.

Profesor Bersekutu Perubatan dan Epidemiologi, Dariush Mozaffarian berkata masalah itu boleh diatasi dengan langkah kesihatan awam seperti program kurangkan pengambilan garam dan gula di peringkat global.






  Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat