Makan Katak Untuk Kesihatan

Manusia telah menjadikan katak sebagai sumber protien ratusan tahun yang lalu

Sumber protein


SEBUT sahaja katak mahupun kodok, mungkin ramai daripada kita menganggap haiwan pemilik fizikal hodoh dan menggelikan ini tidak menyumbang apa-apa kepada kebaikan kehidupan manusia.

Tetapi mungkin ramai yang tak tahu, haiwan ini kaya dengan sumber protein.  Maka, tidak hairanlah apabila kaki belakang katak menjadi hidangan eksotik yang semakin mendapat permintaan tinggi sejak ratusan tahun dulu.

Perancis merupakan negara pengimport katak terbesar iaitu sebanyak 2,500 tan hingga 4,000 tan katak diimport ke negara tersebut setiap tahun, manakala Indonesia ialah negara pengeksport katak utama dunia dengan bekalan 5,000 tan katak yang siap diproses ke Perancis, Belgium dan Luxembourg.

KEMEROSOTAN bilangan katak dalam ekosistem akan menyebabkan ular tiada sumber makanan.

Sumber ubat-ubatan

Katak beracun Epipedobates tricolor dari Equador, Brazil mempunyai toksin yang mampu membunuh. Sungguhpun begitu, toksinnya boleh diekstrak untuk mendapatkan sebatian epibatidine bagi tujuan penghasilan ubat tahan sakit yang lebih efektif berbanding morfin.

  
Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat