Pelajar samseng dihukum buang sekolah

Samseng Pembuli Di Buang Sekolah 


   

KUALA LUMPUR - Tindakan tiga pelajar samseng membelasah seorang ketua kelas di sebuah sekolah di Pulau Pinang berbalas apabila mereka dikenakan hukuman buang sekolah.
Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook memberitahu, kes yang berlaku pada 4 Mac lalu telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah.

"Hasil semakan dan maklumat orang awam, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac lalu telah diselesaikan pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah.

"Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah," kata kenyataan itu. 

Semalam Kosmo! melaporkan, perbuatan samseng tersebut terbongkar selepas video mengenai kejadian buli itu tersebar di laman sosial YouTube dan Facebook hingga mendapat kecaman orang ramai.

Comments

  1. ya Allah..kenapa lah budak2 zaman sekarang ni..

    kesian budak yang kena pukul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why Mama Rey..dia orang ni kecil-kecil lagi dah nak jadi samseng..nanti besar nak jadi apa ya..

      Delete
  2. tu dia amekaw....mmg patut dihukum pun...bukti pun sudah jelas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat