Nik Aziz berundur, Kelantan dapat MB baru

Nik Aziz

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan PAS Pusat. 
 
 Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am PAS membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

Bapa kepada 10 anak itu mempunyai masalah jantung, darah tinggi dan gastrik serta sering dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Semalam, beliau dilaporkan sekali lagi dirawat di HUSM kerana keletihan selepas berkempen selama 15 hari untuk PRU-13.

  Datuk Ahmad Yakob telah  mengangkat sumpahsebagai menteri Besar kelantan menggantikan Nik Aziz di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Comments

  1. 2 menteri besar iaitu MElaka dan Johor terpaksa letak jawatan sebab kalah bertanding.

    Masuk yang ini dan 3orang menteri besar tukar muka. Dan Beliau letak jawatan sukarela. Berat tanggungjawab dan amanah dipikul

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kesihatan utk terus memberi tunjuk ajar, seorang tuan guru yg amat berilmu dan disegani.

    ReplyDelete
  3. yg penting laksanakan tangungjawab & amanah sebaik mungkin !

    ReplyDelete
  4. So true Fairul..besar tanggungjawab dan amanah ni..

    Kan BM..respect him like our father..very down to earth person..

    Betul KA...ramai yang tak mampu menjadi BOSS yang baik kepada kita semua..yang memilih mereka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat