Subuh Berdarah, 51 maut diserang ketika solat

 Foto
 Mayat Yang Terkorban

Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini. Saksi kejadian berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri. 

 Foto
Sejadah digunakan menutup mayat

Serangan mengejut

Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai. Kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.

Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut. Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah.

Foto
 Masih memegang al-quran

Mayat ditemui sujud

Ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa. Penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.

Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera  Khamis lalu. Jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.

p/s: semoga ALLAH melindungi rakyat Mesir yang terinaya

1. "Rahsia" KLIA
2. Hanya Untuk Wanita
3. Tawaran Hebat 2013
4. Siapa Cepat Dia Dapat
5. Exclusive Offer: Hanya RM25.00   

6. Jangan Lepaskan Peluang Ni      
7. Rugi Tak Cuba   


Extract From: Berita Online

Comments

  1. Kenapa mereka ni ....asyik bergaduh dan tak puas hati!Cukup cukuplah tu.....Bantahlah secara aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan untuk mereka Okje..bantah secara amanpun masih ditembak..

      Delete
  2. Sedihnya...Semoga mereka gugur syahid...Innalillah.
    Kami tetap menyokong pada kebenaran, Semoga Morsi dan penyokongnya terus kuat, kami menyokongmu...Allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. sedih sgt.. rasa bergenang air mata bila tgk di tv malam tadi.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA..besarnya dugaan ALLAH untuk mereka kan..

      Delete
  4. Allah Maha Besar tempatkanlah mereka pada hati2 org yang beriman.alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah pelihara mereka dari penginayaan yang berterusan..

      Delete
  5. ganjaran mati syahid sangat tinggi dan bernilai disisiNya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fae..semoga mereka ditempatkan bersama-sama pejuang yang mati syahid

      Delete
  6. kesian kt drg , sesama muslim berbunuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cahaya...mesti golongan anti islam bergembira sakan...

      Delete
  7. mmg sedih...umat islam diperlakukan sedemikian rupa..semoga Allah melindungi umat2 Islam yang teraniaya di sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat