Bantuan khas dan 2 kenaikan gaji untuk penjawat awam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuvKiL_li3tuLzk8VwX-wIzt_nc1yGHTk2roezUjAN6CvnXx4UxYoUYS9mIOVpqznk09E60WZkNKgLlOn-3c3rwjiAN2gXOaBoIToLFqG2voBNqBeYfnbpO2QVNV5AaMBRWAxr7a-FTvU/s400/DSC_6940.JPG
Bantuan Khas Untuk Penjawat Awam

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 tiba. Tahniah semua kerana bakal menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya. Perdana Menteri juga turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Boleh lah shopping raya after this.

Di samping bayaran bantuan khas, penjawat awam juga bakal menikmati Dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini. Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok. Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Kesemua penjawat awam juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini.

p/s: Tahniah semua. Semuga dapat berkhidmat dengan lebih tekun dan bersemangat..

Comments

  1. alhamdulillah..kurang sikit beban...

    ReplyDelete
  2. Wah.... tahniah buat penjawat awam yang bukan penjawat awam dah dapat sebelum nikannnn? hehe

    ReplyDelete
  3. orang dapat kenaikkan senyum dan ketawa. lepas tu ekonomi negara akan ambik kesempatan di atas kenaikkan gaji sesetengah pihak utk naikkan harga barang.

    yang jadi mangsa.. sendiri fahamlah kan.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..rezeki untuk penjawat awam..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat