Pelik Tapi benar: Potong Rambut Di Dalam Bas

Wuhan Man Chops Woman’s Hair Off on Public Bus Out of Boredom
Hobi Memotong Rambut Di Tempat Awam


Pelik Tapi benar: Hobi Memotong Rambut Di Dalam bas

Seorang wanita yang menaiki sebuah bas di China, begitu terkejut kerana kehilangan sebahagian dari rambutnya ketika menaiki sebuah bas awam di Wuhan.  Menurut mangsa, ketika beliau berada di tingkat atas sebuah bas di laluan 568 dalam perjalanan pulang, seorang lelaki datang dan duduk di barisan yang tepat di belakangnya.  

Tiba-tiba dia merasakan rambutnya seperti ditarik seseorang. Pada awalnya beliau tidak mempedulikannya kerana menganggap lelaki itu sengaja menekan rambutnya tetapi selepas beberapa ketika dia menyedari rambutnya bertaburan di atas lantai bas. Beliau yang sangat marah dan terkejut dengan kejadian tersebut, berlari turun untuk meminta bantuan pemandu bas yang kemudiannnya memanggil pihak polis.

Pelik tapi benar, tapi itulah yang berlaku. Ketika disoal siasat lelaki tersebut memberitahu memotong rambut di tempat awam adalah hobinya, untuk mengelakkan kebosanan. Dan beliau enggan membayar 200 RMB sebagai pampasan kepada wanita itu kerana menurutnya tidak ada undang-undang yang menyatakan memotong rambut orang lain di tempat awam adalah satu kesalahan. Pihak polis terpaksa akur, dan beliau akhirnya dibebaskan.

Comments

  1. hahahaha ada juga ye org camne. lawak. tapi pity the girl.

    ReplyDelete
  2. pelik betul hobinya.. kasihan wanita tu..

    ReplyDelete
  3. Kalau jadi cantik tu tak pe gakkan Raudzah...ini kalau jadi tak senonoh bukan ke haru! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat