Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan


Mimpi Jadi kaya

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan



Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan. Itulah penemuan yang dibuat oleh David Sillbersweig, Penyelidik Kanan Cornell Medical Center di New York. Menurut beliau ketika bermimpi, pengalaman sebelumnya berputar semula. Segala maklumat itu akan tersimpan dalam kotak memori pada bahagian otak. 

Semasa ujian dilakukan beliau mendapati bahagian otak yang banyak digunakan menjadi lebih aktif semasa mimpi. Ini bermakna semakin kerap bermimpi maka semakin kuatlah ingatan.

Tidur Membantu Meningkatkan Daya Ingatan


Secara purata manusia menghabiskan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur. Kerana itu tidur bukan sahaja merehatkan badan physically, tetapi juga membantu otak meningkatkan daya ingatan. Mereka yang kurang tidur mempunyai tendency untuk cepat menjadi pelupa.

Ketika ujian dilakukan, 18 sukarelawan dipilih untuk menjalani ujian mengingati simbol yang ditayangkan menerusi skrin komputer. Ketika disuruh mengingati kembali apa yang ditayangkan ramai yang gagal untuk mengingati imej-imej tersebut. Kesemua mereka kemudiannya disuruh tidur sebelum mengulangi persoalan yang sama keesokan harinya. Hasilnya, David mendapati mereka dapat mengingati lebih banyak imej dengan pantas berbanding sebelumnya.

Kesimpulannya, Mr david berpendapat otak mengulangi setiap apa yang dipelajari kedalam mimpi dan menyimpannya kembali dalam kotak memori untuk mudah digunakan semula apabila diperlukan.

Comments

  1. kalau mengigau tu kategori sama jugak eh... hehee

    ReplyDelete
  2. Keren artikelnya :)
    saya juga sring mimpi walaupun kadang kadang mimpi buruk

    ReplyDelete
  3. mudahan ape yang fae revise hari ne masuk dalam mimpi hahahaha

    ReplyDelete
  4. mimpi bukan2 pun kuat ingtan?
    igt bnda yg bukan 2 bikn stres je . hehe :)

    ReplyDelete
  5. oh cam tu rupanya...adoi baru sempat nak BW nie....

    ReplyDelete
  6. kakpb dah lama tak mimpi...kira otak dah lemau eh? kdg ada juga mimpi mengarut, tu yg tak nak.

    ReplyDelete
  7. Ea ke.. Hehe.. Bgus la nih... Tiap2 mlm mmpi..tpi da baik n buruk nyenla.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Baguslah klu mcm tu.. kerap juga bermimpi.. :)

    ReplyDelete
  9. saya jarang dapat mimpi kalau dapt rasanya waktu tu mungkin sy kepenatan

    ReplyDelete
  10. aiza selalu mimpikan masa lampau.. terutamanya mengenai kampung..

    ReplyDelete
  11. Orang putih kata kena cukup tidur tapi kalau kita org Islam ni kurangkan tidur... banyakkan solat malam...agaknya macamana tu yeh raudzah

    ReplyDelete
  12. selalu mimpi pasal bencana alam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat