Perang Terpendek Dalam Sejarah Dunia

England Vs France

Perang Terpanjang Dalam Sejarah


You all tau tak apakah perang yang terpendek dalam sejarah dunia? Mungkin ramai yang dah tau kan. Tapi tak apalah kita nak cerita jugak coz cerita dia agak menarik. So pada yang dah tau abaikan ya. 

Sebelum kita bercerita tentang perang terpendek dalam sejarah dunia ni, kita nak bagi tau you all pasal perang terpanjang dalam sejarah dunia. Perang ini berlaku di antara England dan Perancis. Ianya berlaku selama 116 tahun. Bermula dari tahun 1337 dan berakhir pada tahun 1453. Perang ini dicetuskan oleh bangsa Flanders yang berada di bawah pemerintahan Perancis. Mereka memberontak terhadap raja perancis dan disokong oleh England.

Istana Yang Musnah Selepas Di Bom

Perang Terpendek Dalam Sejarah


Perang terpendek dalam sejarah dunia pula berlaku antara British dengan Zanzibar (Kini sebahgian dari Tanzania). Perang tersebut tercetus pada 27 Ogos 1896 selepas Sultan Hamad bin Thuwaini, yang bersetuju untuk bekerjasama dengan pentadbiran penjajah British, meninggal dunia pada 25 Ogos 1896. Setelah kematian beliau anak saudaranya, Khalid bin Bargash telah merampas kuasa. Beliau tidak digemari oleh Pentadbiran British yang lebih menyukai seorang lagi calon, Hamud bin Muhammad yang lebih senang dikawal.

Kurang senang dengan perubahan tersebut, pihak Tentera Laut Diraja British akhirnya membuat keputusan untuk menyerang Zanzibar. Tembakan pertama ke istana tempat tinggal Khalid bin Bargash dilakukan pada pukul 9 pagi pada 27 Ogos 1896. 38 minit kemudian mereka telah berjaya menawan Zanzibar apabila istana raja negara terkecil didunia Afrika itu di bom. Tektik mengalahkan lawan yang sangat berkesan...Kesian Zanzibar!!!!

p/s: Kira England ni hebatlah dulu kan. Perang terpanjang dia concur yang terpendek pun dia concur....

Comments

  1. mungkin akan terus kekal menjadi perang terpendek

    ReplyDelete
  2. tq share , KA baru tau bila baca n3 ni

    ReplyDelete
  3. haha. baru ni tau, sejarah stpm takde blaja pun perang terpendek. tak aci betul. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. DIorang nie ade smangat tak mengalah yang tinggi. Sebab tue, diorang boleh selamat walaupun seluruh eropah dijajah oleh Nazi

    ReplyDelete
  5. Sbb tu nama England tu Great Britain.. kira dia mmg "great" lah tu hehee.. T kasih diatas perkongsian.. Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  6. terbaik taktik diorang ni..

    ReplyDelete
  7. baru tau...pendek beno...38 min jer...

    ReplyDelete
  8. dulu ske sejarah pastu bila sejarah semakin rumit..smpi xtau lnsung pasal ni..heheh nasib awk sharing..tq ;)

    ReplyDelete
  9. ha ah.. dua2 rekod diorg pegang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat