12 Tanah Terciptanya Manusia

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://www.friendskorner.com/forum/photopost/data/505/21988.jpg
Baitul Muqaddis (Source)

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan semua pembaca-pembaca Blog Santai hari ni adalah mengenai 12 jenis tanah terciptanya manusia.  Kisah ini adalah mengenai proses kejadian manusia yang asalnya dari tanah.

Manusia Berasal Dari Tanah


Kita semua tahu bahawa manusia tercipta daripada tanah. Tapi kita mungkin tidak tahu bahawa manusia dicipta daripada 12 jenis tanah dan proses sebelum kejadian manusia adalah amat sukar kerana bumi enggan membenarkan tanahnya diambilnya untuk dijadikan Adam. Malah bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahgian tanahnya dijadikan Adam, kerana ia khuatir Adam akan melakukan maksiat. 

Biarpun Bumi berjaya menghalang Malaikat Mikhail dan Israfil yang diutus Allah pada awalnya untuk mengambil tanah di mukabumi untuk dijadikan Adam, bumi akhirnya terpaksa akur dengan perintah Allah apabila malaikat Izrail datang menemuinya, dan menyatakan jika sekiranya bumi membantah, maka bumi akan menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah. Dan bumi sebenarnya tidak pernah silap kerana, itulah yang berlaku kepada anak Adam. Banyak maksiat yang berlaku di Bumi Allah akhirnya.

12 Jenis Tanah Kejadian Manusia


Menurut keterangan para ulama, 12 jenis tanah dimana manusia dijadikan adalah seperti berikut:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah babylon
10. Tanah India
11. Tananah Syurga
12. Tanah Tha'if

Ibnu Abbas, turut memperincikan kejadian manusia:

1. Kepala Adam dicipta dari tanah Baitul Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan juga akal.
2.  Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia adalah alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari Iraq, kerana disitulah tempat sujud Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitulah tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Mata dan giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, kerana disitulah tempat menarik perhatian dan tempat bermanis-manis.
6. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, kerana disitulah tempat manusia mencari nafkah.
7. Tangan kirinya pula dari Paris, kerana disitulah manusia berinstinja.
8. Perutnya dari tanah Khurasan, keran disitulah letaknya perasaan lapar dan dahaga.
9. Kemaluannya dari tanah Babylon kerana disitulah disitulah tempat syitan memeperdayakan manusia lalu menjerumuskannya kelembah maksiat.
10. Tulang dari tanah Tursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12. Hatinya dari tanah Syurga, kerana disitulah tempat iman, keyakinan, ilmu dan juga kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'i tempat mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Berdasarkan kisah di atas, kita rasa tidak mustahil mengapa terlalu banyak kejadian alam yang merosakkan bumi berlaku sejak dahulu lagi, kerana bumi telah bersumpah demi kerana Allah ia tidak rela sebahgian tanahnya dijadikan Adam, kerana ia khuatir Adam akan melakukan maksiat. Maka apabila berlakunya terlalu banyak maksiat, mungkin sumpahannya diangkat Allah. 

Jom sama-sama kita pelihara dan jauhi diri daripada segala maksiat dan kemungkaran untuk melindungi diri, keluarga dan harta benda dari kemusnahan angkara sumpahan bumi. Allah-Hu-Alam.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.  

Comments

  1. indahnya ciptaanya ;) tb baru tahu..rasa seronok sgt dapat tahu semua ni

    ReplyDelete
  2. rsa beruntung sgt..rupanya hati kita dr tnah syurga..subhanallah..

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat perkongsian ini raudzah.. betapa mulianya kejadian seorang manusia.. menabung churp2&hotlink. :D

    ReplyDelete
  4. tq berkongsi sama yer !

    ReplyDelete
  5. baru tau..xsangka plk manusia dicipta dr 12 jenis tanah..
    maybe la kot...skang ni byk kejadian musibah yang menimpa bumi..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, saya peroleh ilmu lagi di blog ini. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. satu pengetahuan yg baru buat saya.. t kasih diatas perkongsian.
    Klik2 maplestory sbg penghargaan.. :)

    ReplyDelete
  8. kesian bumi..malu pulak jadi manusia yg mensia2kan pengorbanan bumi.. nice sharing Rauzhah..teruskan usaha share benda2 mcm nih :)

    ReplyDelete
  9. kalau betol hadis ni datang dari nabi, nice share..

    ReplyDelete
  10. aiza singgah menabung churp2&ppz.. :D

    ReplyDelete
  11. speechless..ilmu yang tak akan dapat di tukar ganti..sis,terima kasih banyak2 terbitkan entri ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat