Guna Telepon, Tak Perlu Bayar Tol ?

 
Guna Telepon Untuk "Membayar" Tol

Telepon Ganti Kad Touch & Go


Betul ke telepon boleh ganti kad touch & Go untuk bayar tol? Wah hebat ni. Yalah tol dah semakin mahal kan. Kalau ada alternatif lain yang lebih baik, bagus jugak kan!!!

Sejauh mana kebenaran isu ni kita pun tak tau. Namun yang pasti aksi seseorang yang menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go telah beberapa hari tersebar di internet. Dan rasa-rasanya ada yang cuba kot!!!

Telepon Berjaya Melepasi Palang


Dalam video tu jelas menunjukkan seorang pemandu kereta memegang telefon pintarnya sebaik sahaja keretanya tiba di plaza tol. Beliau kemudiannya melekapkan telefon pintarnya di laluan pengimbas Touch n' Go untuk melepasi palang di sebuah plaza tol yang tidak dikenalpasti. Dan dia telah berjaya!! Hmmmmm...
.


Walaupun mungkin video ni betul, jangan buat tau. Yalah kan itu dah kira mencuri "Hak" orang lain. Kita mengguna/mendapatkan sesuatu secara percuma. Sama kes dengan mereka-mereka yang mencuri line internet, air dan elektrik. Semuanya percuma, tak perlu bayar.Tapi tetap salah kan!!!!!

Reaksi Kenaikan Kadar Tol?


Walau apa pun, kita rasa inilah antara reaksi pengguna tol apabila ada ura-ura yang mengatakan bahawa kadar tol akan naik lagi. Banyak pulak tu bukan sikit. Jadi kalau ada yang melakukan benda-benda macam kita tak hairan sebenarnya. Cuma mungkin ini boleh dijadikan pengajaran untuk pihak kerajaan. Berusahalah untuk mencari alternatif lain yang lebih baik untuk rakyat. Jangan ambil jalan mudah!!!!!! 

Comments

  1. Macam menarik. Haha. Tapi takkanlah nak buat pulak kan. Hehe

    ReplyDelete
  2. bab mcm nie memang org malaysia terer... ish2.. tapi jgn buat lah mcm nie...

    ReplyDelete
  3. Klu waktu remaja dulu rasanya akan buat juga mcm tu sbb nk jimat hehee.. :D

    ReplyDelete
  4. canggih betul.. tapi lepas kt dunia mgkin tidak di akhirat...

    ReplyDelete
  5. tapi kalo ade handphone murah takleh guna la..hehe
    kena cari jalan alternatif la pasne.

    ReplyDelete
  6. wahh..ni da terlebih canggih ni hehe

    ReplyDelete
  7. Eh? Serius jadi? Saya org kampung je. Xde tol. Hehehe

    ReplyDelete
  8. hp canggih je boleh buat ni..

    ReplyDelete
  9. Ye kee?? cam susah je nak percaya.. :)

    Tol... setiap tahun pihak konsesi tol umumkan keuntungan.. tak cukup2 kee...! ermm...


    ReplyDelete
  10. wah! canggih tu, mesti ada kod dalam hp tu supaya kasi lepas palang tu..

    ReplyDelete
  11. kalau tahu buat pun tak tergamak nak lakukan, sebab orang lain pun mengalami kenaikan harga barang, termasuk tol ni juga...bukan kita sorang je rasa susah, macam kejam laa bila ada yang mengambil kesempatan macam ni...

    ReplyDelete
  12. boleh pulak mcm tuh..kalau betullah, mesti ramai yg akan cuba kaedah ni..maklumlah, nak jimat duit tol..aku bdoa agar pihak kerajaan tak naikkan harga benda lain lagi..=_=

    ReplyDelete
  13. menarik juga cara tu.. tapi takut pula nak mencuba.. hehe..

    ReplyDelete
  14. Dalam telefon tu dah disistemkan sesuatu kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat