4 Sebab Perlu Tutup Lampu Sewaktu Tidur

http://lampost.co/upload/tidur_anak.jpg 
Tidur Dalam Keadaan Lampu Tertutup

Tutup Lampu Waktu Tidur


Kalau semalam kita berkongsi mengenai Rahsia Di Sebalik Tidur Siang, hari ni kita nak berkongsi mengenai 4 Sebab kenapa perlu menutup lampu sewaktu tidur malam.

Tidur dalam Islam juga adalah merupakan salah satu ibadah. Rasulullah s.a.w turut memberi contoh dan membimbing bagaimana umatnya perlu tidur seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah:
"Padamkamkan lampu pada waktu malam apablia kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat bekas dan tutuplah makanan dan minuman."

4 Sebab Mengapa Perlu Tutup lampu adalah:

1. Memperbaiki Sel Yang Rosak


Sel-sel yang rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu siang, perlu diganti dan dibaiki sewaktu kita tidur pada waktu malam. Berdasarkan kajian, tubuh memerlukan suasana yang gelap untuk memperbaiki sel yang rosak. Oleh yang demikian, lampu perlu ditutup atau dipadamkan.

2. Mencegah Penyakit Kanser


Pakar Biology Joan Robert mengatakan bahawa tubuh hanya akan menghasilkan Hormon Melatonin ketika tidak ada cahaya, i.e ketika lampu tertutup. Hormon ini adalah salah satu hormon pertahanan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser. Jika lampu terpasang, walau sekecil atau sesuram mana sekalipun, pengeluaran hormon melatonin akan terhenti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizAps_0YpH7F3ip0wTN8rzioRrq1_nTE3XaFrJrUUIVCdA6AmTYiPZSDH1tZ8N3TIbAiCM_6Q6RwyjcDCfPosc9X07FtZOo6YP3Vd4z12bY9SQzYWnZSxuxA_xC2hiTpAM6ZkYBZXKsZsR/s1600/Melatonin-Hormonu-.jpg 
Pembentukan Hormon Melatonin

3. Meningkatkan Pengeluaran Hormon Melatonin


Selain dari itu, professor Russle Reiter dari Texas University, mengatakan bahawa jika sekiranya kita tidur dalam keadaan lampu terbuka biarpun hanya satu minit, otak akan segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan unsur melatonin akan berkurangan.

Hormon melatonin adalah unsur yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya dipengaruhi oleh suasana gelap. Tahap pengeluaran yang paling tinggi adalah diantara pukul 2 - 4 pagi dan yang paling rendah adalah waktu petang.

4. Merehatkan Otot 


Selain daripada fungi diatas, hormon melatonin yang dihasilkan sewaktu tidur didalam keadaan lampu tertutup mampu merehatkan otot, meningkatkan pertahanan tubuh serta membantu untuk meningkatkan mood serta menghilangkan ketegangan. 

Sebab itu tidak hairanlah kalau mood kita kurang baik kalau tidak cukup tidur. Bahkan badan kita mungkin akan merasa lemah atau letih. Ini adalah kerana Hormon melatonin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Comments

  1. ooo ada kelabihan juga rupanya hehee baru tahu

    ReplyDelete
  2. tq sis..memang kathy sekeluarga tidur bergelap sejak dulu...

    ReplyDelete
  3. masalahnya kan dear, i memang tak boleh tidur kalau gelap...hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. ohh..baru tau, nasib baik la saya suka tidur dalam gelap...tapi kdg² tu babas jugak, tidur bukak lampu..

    ReplyDelete
  5. Saya memang tak boleh tidur kalau lampu cerah, tapi tak suka juga bila terlampu gelap gelita. Jadi perlu juga cahaya walau sesuram mungkin utk timbulkan mood nak tidur.

    ReplyDelete
  6. saya klu da tido memang tak prasan da tutup lampu ke idak..

    ReplyDelete
  7. mmg kna off lampu klu tak xleh tido.. huhu

    ReplyDelete
  8. wahh ^_^ acik tidur tutup lampu cuma kadang kala tak sebab nak berjaga pagi untuk study

    ReplyDelete
  9. alamak... suka tidur lampu menyala.

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka tidur dlm gelap gelita tapi wife xboleh tidur kalau gelap sgt, jd pasanglah lampu kecil dgn cahaya suram...

    ReplyDelete
  11. dah lama tahu pasal ni, slalu tutup lmpu bila tidur, sebab tak baik tdur smbil lmpu menyala selain jimat elektrik,,hehe

    ReplyDelete
  12. Tidur mmg kena tutup lampu sbb bil letrik pun dah nak naik lepas ni..
    Libresse sini.. :D

    ReplyDelete
  13. aiza kalau tidur memang wajib tutup lampu.. libresse dan maple.. :D

    ReplyDelete
  14. sy memang selalu tutup lamp kalu nak tidur..memang tak leh tidur kalau on..dah terbiasa kot

    ReplyDelete
  15. ala.. sy pun suka tdw lampu terbukak.. kalau off nanti tak dapat tdw... huhuhu

    ReplyDelete
  16. segala apa yang nabi suruh kita buat mesti ada kebaikannya, Dengan kajian sains telah terbukti betapa Islam ni agama yang meliputi semua perkara
    http://akmalrusyd.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat