7 Amalan Makanan Ikut Sunnah

http://akimlinovsisa.files.wordpress.com/2011/08/7-hal-yang-dilarang-setelah-makan.gif
7 Amalan Makanan Ikut Sunnah

7 Amalan Makanan Ikut Sunnah


Setiap perbuatan anak Adam dikira sebagai ibadah selagi ianya dilakukan dengan niat yang betul dan juga menurut tatatertib yang digariskan didalam Al-Quran dan juga Sunnah Rasulullah S.A.W. Makan juga merupakan ibadahSelain daripada aspek halal dan haram dalam pemilihan makanan, kita juga mempunyai adab tertentu ketika menjamah makanan dan minuman supaya makanan yang dimakan diredai Allah SWT. Antaranya:

1.  Memulakan makan dan minum dengan lafaz Bismillah
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah menyebut nama Allah, jika seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah apabila telah mula makan, hendaklah dibaca, ‘dengan nama Allah pada permulaan dan juga akhirnya. (riwayat Muslim)
2. Mengakhiri makan dan minum dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran dengan rezeki yang diberikan Allah SWT.

3. Menggunakan tangan kanan. Mulakan dengan mengambil makanan yang hampir dengan kita. 
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, Ibnu Salamah, ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa yang ada di sekeliling kamu (yang hampir). (riwayat Bukhari dan Muslim).
4. Tidak gelojoh sewaktu menyuap makanan. Kecilkan suapan serta kunyahlah dengan baik supaya tidak menyakitkan halkum. 

5. Membersihkan sisa makanan yang melekat di jari terlebih dahulu sebelum tangan dibersihkan. Islam menghendaki sisa-sisa makanan dihabiskan dengan menjilat jari kerana perbuatan membasuh tangan yang masih melekat dengan makanan adalah suatu penghinaan kepada rezeki Allah itu sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu makan, maka janganlah kamu menyapu jari-jari tangan kamu sehingga kamu mengulum terlebih dahulu (supaya sisa-sisa makanan benar-benar bersih terlebih dahulu).
6.  Memungut semula makanan yang terjatuh. Bersihkan dan bolehlah dimakan dan janganlah dibuang dengan sewenang-wenangnya. Tindakan membuang terus makanan adalah bermakna menyediakan makanan untuk syaitan. 
Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjatuh sesuap makanan seeorang kamu, maka hendaklah dikutipnya, dibersihkan kekotorannya dan makanlah dan jangan dibiarkannya untuk syaitan. (riwayat Muslim)
7. Janganlah meniup makanan yang panas. Tunggu sehingga makanan atau minuman itu sejuk. Begitu juga ketika minum, janganlah bernafas sambil meminum air. 
Daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi Muhammad menegah dari bernafas di dalam bejana (bekas air) atau meniup ke dalamnya."
Jom sama-sama kita beramal dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Semoga makanan yang kita makan diberkati dan direhdai Allah. Aminn.


1. Rahsia Blogger Malaysia

Source

Comments

  1. Satu peringatan dan panduan yang perlu kita amalkan. Semoga setiap makanan yg masuk kedalam mulut kita itu berkhasiat dan berkat.

    ReplyDelete
  2. keren mbk baru tau saya malahan artikelnya sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. no 6 n 7 tu selalu tak buat... perbaiki lagi...

    ReplyDelete
  4. tq share :) rasa nya banyak yg kat atas tu selalu di amal kan

    ReplyDelete
  5. amalan mkn mengikut sunnah menghindar dari pelbagai penyakit kan !

    ReplyDelete
  6. Amalan pemakanan mengikut sunnah bukan shj membawa pahala kebaikan, malahan menyihatkan serta mencegah dari penyakit kpd diri kita juga...

    ReplyDelete
  7. moga rezeki yang kita makan mendapat keberkatan..

    ReplyDelete
  8. Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)
    Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

    Click atau copy link di bawah ini
    http://stayreward.com/index.php?share=114766

    My Blog
    http://gsiym.blogspot.com/2014/02/cara-buat-duit-paling-mudah-dari-rumah.html

    ReplyDelete
  9. bersama-samalah kita mengamalkan amalan-amalan sunnah ini..

    ReplyDelete
  10. satu panduan yang perlu kita amalkan...semoga rezeki kita mendapat keberkatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat