Motivasi Pagi : Nasihat Untuk Rakan

Salam Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgccONbxLmL0L_PdcsGBKmx8X_qur8xgLkPRyZ_T9I4TCZJ3zkBugh_gKZit95iv8b02ZXsob4fAqV6G3FAmbjglLJdEUWiq0sZa0dAKsfJnMUfV4qfWHJUhUgRbSz0QgAC7e_HwpFj1i6i/s1600/nasihat.jpg
Nasihat Untuk Rakan

Nasihat Untuk Rakan


Nasihat untuk rakan adalah kisah motivasi yang kita ingin kongsikan dengan semua hari ini. Walaupun tajuknya nasihat untuk rakan, tapi ini juga adalah peringatan untuk diri kita sendiri. Kita memilih topik ni sebagai motivasi untuk kita memperbaiki diri, kerana akhir-akhir ni kita banyak terbaca luahan hati rakan-rakan di beberapa media sosial.  Ada yang tak puas hati dengan rakan blogger A, rakan facebook B dan juga rakan Twitter C. Macam-macam cerita. Kita tau, niat masing-masing memang baik, tapi adakalanya cara kita mungkin agak kurang sesuai.

Nasihat Dalam Islam


Sebenarnya, bagi kita tak salah nak meluahkan perasaan atau menegur kawan-kawan coz sememangnya kita digalakkan untuk saling menegur untuk kebaikan. Namun dalam islam nasihat juga ada caranya, kerana kita perlu menjaga ukhuwah semasa menasihati. Kita perlu mencari jalan atau cara yang paling sesuai untuk menegur dan menasihati rakan-rakan.  

“Sesiapa yang menasihati mu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu. (Imam Asy Syafie)

Nasihat Secara Face to Face


Kalau di alam maya macam ni, mana nak jumpa face to face kan. So ada baiknya kita PM kat facebook rakan kita tu atau email kat dia orang atau apa sajalah contact yang tak boleh di lihat secara umum. Kalau tak boleh juga gunakan bahasa "kiasan". Sebenarnya kita semua ni sensitif. Cepat aje sentap. Nanti kalau dah sentap, tak pasal-pasal ada yang berdosa kerana mengecilkan hati rakan-rakan kita.

Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga tidak ketinggalan. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang  dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat. Nasihat lah secara berhikmah. Sudah pasti mesej yg ingin cuba di sampaikan juga akan lebih berkesan.

Jom sama-sama kita muhasabah diri k. Jaga diri hiasi peribadi. Wasalam.

Comments

  1. hati2 dgn niat kita nak menasihati... kalau ada niat nak memalukan baik lupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu...yang penting ikhlas untuk menasihati.jangan malukan orang lain

      Delete
  2. terima kasih kerana berkongsi.kadang-kadang benda-benda ni kita lupa.

    ReplyDelete
  3. salam isnin dear and great piece of sharing in monday morning... *_^

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    seronok nasihat org yg mahu mendengar..kan

    ReplyDelete
  5. yeah selalunya nasihat maya kat fb lebih kpd menyindir dan kondem..., namun kita sbg pengguna kena ada rasa boleh ditegur ..teguran itu adalah nasihat sebenarnya. positifkan minda kita.

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk entri ini.. suka membacanya

    ReplyDelete
  7. Tegur menegur ni bagus sebenarnya. Selain dari muhasabahkan orang lain, kita muhasabah diri kita juga sambil-sambil tu.

    ReplyDelete
  8. tq berkongsi yer... done nuffnang kat sini !

    ReplyDelete
  9. menarik article nie..nasihat menasihati tu memang satu benda yang bagus tapi kita kena gunakan cara yang betul bagi mengelakkan kejadian seperti menjatuhkan air muka orang tu etc berlaku...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Idah tak berani nak menasihatkan kawan... kecuali jika diminta...
    kerana takut tersilap bagi nasihat yang memberikan akibat buruk padanya...
    dan juga takut dikatakan 'tunjuk pandai' ... :)

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg baik Raudzah..Bersama samalah kita bermuhasabah diri.....Kadang kala, mungkin juga ada tersilap kata....jadi kenalah sentiasa berfikiran terbuka utk menerima teguran & nasihat.

    ReplyDelete
  12. i remember i was once a person yang sangat2 susah nak terima advice...

    ReplyDelete
  13. saling nasihat menasihati..dalam kita mengingatkan orang lain, kita juga boleh ambil iktibar untuk diri sendiri :)

    ReplyDelete
  14. bila menasihati tu caranya kena betul kan, agar tak mengguris hati atau memalukan rakan. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  15. only ada burung biru..done for today :)

    ReplyDelete
  16. Nasihat itu perlu.. selain mengingatkan org lain, secara tak langsung juga mengingatkan diri sendiri juga.. nasihat biarlah benar2 nasihat, bukan utk memalukan...

    ReplyDelete
  17. terima kasih kerana mengingatkan aiza juga.. tabung raudzah tak keluar pula..

    ReplyDelete
  18. Hmm..kena perbetulkan cara dan niat kita.

    ReplyDelete
  19. Nasihatilah daku secara berhemah... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat