Pembunuhan Kejam Umat Islam Di Afrika


Umat Islam Di Afrika Di Siksa Kejam

Pembunuhan Kejam Umat Islam


Pembunuhan kejam umat islam bukanlah sesuatu yang asing lagi. Setiap hari di seluruh dunia, ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa menjadi sasaran kekejaman. Samada ianya berlaku secara terangan-terangan seperti di Palestin ataupun dalam diam seperti di Afrika. Ada yang menjadi mangsa puak yahudi dan kristian dan ada juga yang menjadi mangsa orang islam sendiri seperti di Syria. 

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/s403x403/1507714_836398996385625_534705496_n.jpg
Kekejaman Di Afrika
http://www.barenakedislam.com/wp-content/uploads/2013/12/9260120.jpg
Mangsa Yang Terkorban

Tragedy berdarah yang berlaku di Afrika telah didedahkan oleh sebuah agensi kemanusiaan. Dalam laporan tersebut, Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa ramai dikhalangan lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran pihak militan kristian. Mereka di bunuh, diseksa dengan kejam, dirogol dan juga dipaksa meninggalkan rumah yang didiami. Harta-harta mereka juga turut dicuri. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan miskin.

Kejadian di atas telah menyebabkan krisis kemanusiaan terbesar di Afrika Tengah. Ramai umat islam yang telah menjadi pelarian akibat tragedi berdarah ini. 

P/s: Besarnya dugaan Allah untuk umat islam kan. Yang pasti setiap daripada umat Islam yang yang diduga dalam apa bentuk sekalipun, pasti akan mendapat ganjaran yang sewajarnya jika mereka bersabar dan redha dengan segala ujian. Doakan kesejahteraan semua umat Islam diseluruh dunia.

Comments

  1. dugaan umat Islam memang dari dulu camtu... kena seksa dgn org kafir

    ReplyDelete
  2. Ada ternampak berita pembunuhan kejam umat islam di Afrika ni di facebook akhir-akhir ni tetapi tak ada berita terperinci siapa yang buat, bagaimana boleh berlaku... tetapi dari gambar-gambar yang disiarkan, sangat-sangat menakutkan dan buat rasa sejuk kaki tangan... I simply can't figure out, can't understand, how human beings can treat its kind to the extend... tak boleh bayangkan apa perasaan mereka, apa yang mereka rasa bila menusuk benda tajam ke daging manusia lain... what's happening really?

    ReplyDelete
  3. semoga allah menurunkan bala kepada mereka kerana bersikap terlalu kejam...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. ya allah selamatkanlah kaum muslimin & muslimat di seluruh dunia .. amin2

    ReplyDelete
  5. kejamnya mereka.. hanya Allah yang mampu membalas kejahatan mereka..

    ReplyDelete
  6. Sedihnya....moga ALLAH turunkan bala utk mereka yg kejam..

    ReplyDelete
  7. kejamnya...bersimpati dengan nasib mereka di sana

    ReplyDelete
  8. Subhanallah... semuga ALLAH menempatkan mereka2 yg terkorban di tempat yang sebaik2nya disana... Allahualam

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah... mmg kejam.. semoga Allah jua yg membalas segala perbuatan jahat mereka.. aamiin..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..lindungilah umat islam diseluruh dunia...

    ReplyDelete
  11. Subhanallah..moga Allah sentiasa memberi mereka semangat.. :"( sedih...

    ReplyDelete
  12. Betapa mencabarnya menjadi umat Islam di Afrika...Semoga Allah beri mereka kekuatan dan keteguhan iman...amiin.

    ReplyDelete
  13. semoga mereka diberi kekuatan dalam menempuh kekejaman manusia...mmg sedih...

    ReplyDelete
  14. Kalau ko org semua boleh percaya benda rambang dari Internet cam nie,
    percaya la yang ini jugak.... http://www.youtube.com/watch?v=TMY2YV9WucY

    ReplyDelete
  15. KENAPA ADA MANUSIA YANG TAHAP KEKEJAMAN MEREKA MENCECAH TAHAP TIDAK MASUK AKAL? APA YANG MENDORONG KEKEJAMAN INI TERJADI? ADAKAH KERANA KEBENCIAN? KALAU MEMANG MEREKA MEMBENCI ORANG ISLAM, MEREKA TIDAK BOLEH MEMPERLAKUKAN KEKEJAMAN KE ATAS MANA-MANA MANUSIA MESKIPUN YANG BERAGAMA ISLAM. BUKANKAH SETIAP AGAMA DI DUNIA INI MELARANG PENGIKUT AGAMA MASING-MASING MENYAKITI SEBARANG HIDUPAN DI ATAS MUKA BUMI INI? JIKA MEREKA MELAKUKAN KEKEJAMAN KE ATAS MANUSIA LAIN, INI BERMAKNA MEREKA TIDAK MENGIKUTI AGAMA MEREKA DENGAN SEBENAR-BENARNYA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat