Pesawat MH370 Berada Di Lautan Hindi?

Pesawat MH370

Pesawat MH370 Di Lautan Hindi?


Pesawat MH370 mungkin berada di lautan Hindi. Inilah teori terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pentagon US berdasarkan informasi terbaru yang mereka miliki. Teori ini juga selaras dengan laporan yang dikeluarkan oleh Penyelidik Amerika Syarikat (AS) yang mengesyaki  Pesawat MAS MH370 yang hilang berada di udara masih bergerak diudara selama empat ke lima jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.


Data Dari Enjin Rolls Royce Pesawat MH370


Menurut laporan terbaru, penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara menyandarkan teori mereka kepada data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Rolls Royce milik MH370 setiap 30 minit. Walaubagaimanapun Datuk Hishamudin mengatakan bahawa data tersebut kurang tepat. Dan hari ini mereka mengesahkan bahawa data itu sebenarnya di salurkan oleh pihak Malaysia sendiri dan bukannya dari Rolls Royce.

Apa-apa pun bagi kita kemungkinan itu ada, kerana berdasarkan laporan radar tentera menunjukkan  MH370 berpatah balik dan terus bergerak ke utara laut Andaman. Jadi kemungkinan MH370 berada di lautan Hindi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Isyarat "Ping" Dari Pesawat MH370


Dalam perkembangan lain, Satelit dilaporkan menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu.

Isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan pesawat dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit selepas gagal dihubungi menara kawalan.  
Sistem menghantar "ping" sekali dalam masa sejam. Malangnya, isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat dan apa yang sebenarnya berlaku di atas pesawat.

Pesawat MH370 Mungkin Di Rampas?


Sehingga kini, para penyiasat tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat kerana tiada isyarat kecemasan dikeluarkan dan transponder disyaki sengaja dipadamkan.
"Pegawai antikeganasan AS berkata terdapat kemungkinan juruterbang atau seseorang yang lain di atas pesawat itu mungkin mengalihkan pesawat ke arah lokasi yang tidak didedahkan selepas sengaja mematikan transponder pesawat untuk mengelakkan daripada pengesanan radar," lapor The Wall Street Journal.
Namun sehingga 12 Mac, tiada sebarang maklumat diperolehi bagi menunjukkan kapal terbang itu telah tiba di suatu lokasi lain. Semoga pencarian ini menemui noktahnya. #Pray4MH370.


(Source)

Comments

  1. hanya mereka di dalam pesawat ut je yang tau ape yang berlaku....Ya Allah permudahkanlah misi menyelamat ini...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wan..Hanya Allah yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Semoga operasi menyelamat dipermudahkan..Aminn!!!

      Delete
  2. moga penantian berakhir jua kan sis...jangan putus berdoa moga MH370 segera di temukan..

    ReplyDelete
  3. semakin banyak teori dan spekulasi kan raudzah...sama-sama kita terus berdoa agar MH370 ditemui ye

    ReplyDelete
  4. only komli for you..yang lain tak muncul

    ReplyDelete
  5. saya sebenarnya percaya yang pesawat tu terbang untuk sesuatu tempoh selepas gagal dikesan oleh radar...apa2 pun semoga ia ditemui secepat mungkin...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. malas dah nak ambik tahu sebarang kemungkinan..juz doakan je yang misteri ini terungkai dgn cepat... kesian keluarga mangsa.. still praying for MH370..

    ReplyDelete
  7. doakan yg terbaik....harap semua selamat.....

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. Kau permudahkan segala usaha pencarian ini... aamiin..

    ReplyDelete
  9. Masih terus misteri...bila la nak terungkai misteri ni...

    ReplyDelete
  10. misteri kehilangannya masih menjadi tanda tanya.. apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa agar segala persoalan ini akan segera terungkai dengan penemuan MH370..

    ReplyDelete
  11. Walau dimanapun MH370 berada...semoga semua penumpang dan krew masih hidup dan selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat