Nikmat 5 Waktu Solat

nikmat 5 waktu solat
Nikmat 5 Waktu Solat

Nikmat 5 Waktu Solat


Solat adalah ibadah yang kita lakukan paling kurang Lima kali sehari sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. yang telah menghidupkan serta memberikan rezeki dan nikmat kepada kita. Lima nikmat waktu solat adalah:

Nikmat Waktu Subuh


Waktu Subuh menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah kerana kita telah dihidupkan setelah di beri waktu tidur yang lena dan panjang untuk menjalani tugas seharian kita di siang hari.

Nikmat Waktu Zuhur


Waktu zuhur memberikan kita kesyukuran kerana telah diberikan nikmat hidup dan merasai kelazatan rezeki yang Allah kurniakan.

Nikmat Waktu Asar


Waktu asar adalah menunjukkan kesyukuran kita kerana telah dapat menyelesaikan tugas-tugas seharian kita di dunia ini.

Nikmat Waktu Maghrib


Waktu maghrib menunjukkan kesyukuran kita kerana telah diberikannya kita hidup sehingga dapat pula menikmati rezeki makan malam yang diberikannya.

Nikmat Waktu Isya'


Waktu Isya' menunjukkan kesyukuran kita diatas segala nikmat Allah yang telah diberikan sepanjang hari sebelum kita menikmati waktu tidur yang lena sehingga waktu subuh.

Sebab itulah setiap Kali kita mengerjakan solat kita terus-menerus melafazkan perkataan ALLAHU-AKBAR yang membawa maksud ALLAH MAHA AGUNG dari mula sehingga selesainya solat kita. Tanda kita mengakui akan kebesaran ALLAH di atas segala nikmat yang di beri.

Comments

  1. insyaallah,
    solat itu lebih baik dari tidur
    jom kita solat...

    ReplyDelete
  2. great piece of sharing and great piece of reminder dear...

    ReplyDelete
  3. solat itu juga merupakan exercise ... pagi2 kena mandi dgn 3x dove .

    ReplyDelete
  4. In Syaa Allah.. sembahyang mmg wajib..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg baik.. salam ramadhan.. cantik header..

    ReplyDelete
  6. Nice share.... rajin2 lah solat dan ajak org solat

    ReplyDelete
  7. perkongsiaan yang sangat baik.. terima kasih kak

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang menarik kak...Insyallah akan cuba untuk menikmati kesemua nikmat yang diberikan..cantik header kak..simple and nice..hehe :D

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. salam. terima kasih share sis..perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua.. :)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing kak raudzah... aduhai... sha dah banyak tinggalkan waktu2 solat ni....

    ReplyDelete
  11. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  12. solat itu tiang agama..moga kita tergolong dalam golongan yang khusyuk solatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat