Keberkatan Solat Di Awal Waktu

 Keberkatan Solat Di Awal Waktu 
Keberkatan Solat Di Awal Waktu

Keberkatan Solat Di Awal Waktu


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi yang kita ingin kongsikan dengan semua adalah sebuah pesanan yang di forward kan oleh rakan kita tentang keberkatan solat di awal waktu. Semoga boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa.

Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yang tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tengok seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah.

Comments

  1. ayah mama pernah cakap perkara ni dan dia galakkan anak-anak dia solat diawal waktu.. :)

    ReplyDelete
  2. banyak keberkatan jika kita menyegerakan solat...thanks for reminder

    ReplyDelete
  3. Arwah ayah ana dulu menegaskan anak2nye bukan setakat solat awal waktu, mesti duduk kat tikar sembahyang 10 minit lebih awal. Sebab di situ ade keberkatan. Btw thanks share kak dan salam Jumaat. ^_^

    ReplyDelete
  4. Itulah hikmahnya diberikan kepada yg tidak lalai. Cepat buat terasa bagai banyak masa lalu banyaklah masa boleh dimanfaatkan..

    ReplyDelete
  5. terima kasih share..selalu juga solat dihujung2, terasa singkat waktu..in shaa Allah akan paksa diri untuk solat awal waktu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...kena istiqamah ni...terima kasih mengingatkan...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas reminder ini =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/tempat-nan-cheese-special-di-batu-pahat.html

    ReplyDelete
  8. salam jumaat..terima kasih atas peringatan ini

    ReplyDelete
  9. T kasih atas peringatan ini Raudzah.. semoga bersama kita semua beroleh keberkatanNya... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Nice sharing...semoga menjadi amalan..

    ReplyDelete
  11. Semoga amalan kita dbw bekalan dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Penggunaan Jam azan merupakan kaedah terkini untuk membantu menunaikan solat di awal waktu .Jam ini berfungsi secara automatik melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Ia juga ada bacaan alquran 10 minit sebelum masuk waktu solat. Zikir pendek dialunkan setiap jam sekadar peringatan. Disamping itu ,Jam azan ini juga dapat mendidik anak-anak dengan gaya hidup ISLAM . Anak-anak secara tidak langsung dapat menghafal ayat-ayat alquran yang dialunkan jam. Bayangkan, hari-hari anak mendengar laungan azan, mengaji dan zikir , sudah tentu dengan izin ALLAH anak-anak lebih dekat dan minat dengan agama. Jam ini sangat sesuai digunakan di rumah,pejabat,masjid,surau,sekolah dan lain-lain. Sekiranya pembaca blog ini berminat mendapatkan jam azan, boleh dapatkannya di laman web www.JamAzan.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat