Risiko Penggunaan Contact Lens

Risiko Contact lens

Risiko Contact Lens


Pemakaian contact lens atau kanta lekap bukanlah sesuatu yang baru. Ianya menjadi pilihan kerana penggunaannya memudahkan kerja harian kita tanpa perlu memakai cermin mata. Ada juga yang memakai contact lens bagi tujuan kecantikan. Walau apa jua tujuannya, pemakaian contact lens ada risiko tersendiri jika si pemakainya tidak peka mengenai cara penjagaannya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Tangan perlu di basuh dengan sabun terlebih dahulu dan biarkan kering sebelum menyentuh kornea mata.

2. Elakkan daripada berkongsi contact lens dengan orang lain.

3. Elakkan memakainya dalam tempoh terlalu lama sehingga melebihi lapan jam.

4. Elakkan tidur bersama-sama contact lens bagi mengelakkan komplikasi.

5. Bekas contact lens perlu dicuci setiap kali sebelum digunakan. 

6. Jangan guna cecair pencuci, rendaman atau bilasan yang tamat tempoh.

7. Hati-hati pilih contact lens. Elakkan beli contact Lens murah yang terdapat di pasaran

Risiko Contact Lens Kepada kesihatan


Pengguna yang tidak menjaga kebersihan ketika memakai contact lens mempunyai risiko jangkitan pada bahagian kornea mata. Akibatnya mata akan menjadi merah, sensitif, kabur atau sakit. 

Bagi mereka yang suka tidur dengan contact lens, “mereka juga berisiko lebih tinggi dijangkiti ulser kornea kerana mata lebih mudah tercedera, kurang oksigen dan memerangkap bakteria.

Jenis Contact Lens


Terdapat dua jenis contact lens yang dijual di pasaran. Jenis lembut dan keras. Kebanyakan dari kita memilih jenis yang lembut kerana ia lebih selesa dan mudah untuk menyerap cecair dalam mata. Permukaan yang lembut juga memudahkan oksigen diserap masuk pada permukaan kornea mata dan membantu mengurangkan berlaku masalah kekeringan. Tempoh penggunaan jenis lembut lebih singkat. Jadi kena peka dengan tempoh yang dibenarkan.

Contact lens jenis keras boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama berbanding jenis lembut, namun ianya boleh meninggalkan kesan ketidakselesaan kepada mata.

Siapa Tak Boleh Pakai Contact Lens


Bukan semua orang sesuai untuk menggunakan contact lens. Antara yang dilarang adalah mereka yang mempunyai masalah jangkitan kuman pada mata, mata kering dan juga alergi mata .

Pekerja yang sentiasa berada dalam persekitaran yang tidak bersih dan kotor seperti debu juga perlu mengelakkan daripada memakai contact lens kerana risiko jangkitan kuman adalah tinggi.

Comments

  1. Apa yang penting, perlunya tahu penggunaan yang betul..hehe

    ReplyDelete
  2. susahnya...saya memang takut nak pakai..huhu

    ReplyDelete
  3. kerana nak cantik semua orang sanggup buat apa sahaja

    ReplyDelete
  4. burung terbag angkasa lepas..mesti malam dia tidur ada yang lain pula yeyee,,,

    ReplyDelete
  5. baru tadi bercerita dengan kawan pasal contact lens...noe mmg x leh pakai...sbb kurang air dlm mata...kering...

    ReplyDelete
  6. naniey pakai lense..gilir2 dengan cermin mata..alhamdulilah sehingga sekarang tak ada jadi pape yang tidak diingini lagi...

    ReplyDelete
  7. Saya pun selang seli kan dgn penggunaan cermin mata...so far..ok

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah , saya masih punya pandangan mata yg jelas ... proton here .

    ReplyDelete
  9. kena berhati2 semasa membeli...jgn sebb murah masin beli jer...

    ReplyDelete
  10. syukurlah ika mata tu dok terng lagi.. Allah bgi ni elok dh..

    ReplyDelete
  11. teringat pernah jumpa contact lens mama yang dah berzaman, lepas tu try pakai... rasa cam gila sungguh... nasib baik tak jadi apa... emm mata sha jenis kering, memang tak sesuai la nak pakai contact lens ni...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah pun pakai contact lens....tak beranilah ......kang mata kena virus kang...tak dpat nak berblog hehe

    ReplyDelete
  13. yeke lens murah rosakkan mata? bukan lens murah, rasanya lens tiruan yang rosakkan mata... jual murah pun tak nak :) boleh masuk page RM10 Contact Lens dan baca testimoni customer yang beli lens dari saya :)

    ReplyDelete
  14. lens yg berjanama nobluks lens okey tak eaa?? pless tlongg jwb😂😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat