Hotel Terapung yang unik
DI samping jaminan layanan bertaraf lima bintang, orang ramai pasti mahu tinggal di Hotel Ark yang didakwa mampu bertahan walaupun dilanda bencana alam paling hebat. Hotel Ark memang sangat unik. Selain bilik luas dan landskap menghijau, Hotel Ark dibina mengikut rekaan masa depan dan dirancang teliti supaya mampu mengatasi banjir berpanjangan akibat peningkatan paras laut. BAGAI KAPAL SELAM... melalui reka bentuk unik, gerbang dan kabel pada binaan ini membolehkan bera tnya ditampung secara seimbang bagi menghadapi kesan gempa bumi. KAWAS AN HIJAU... pokok dipilih dengan teliti bagi memastikan ia sesuai, selesa dan menghasilkan oksigen berkualiti kepada penghuninya.