Posts

Showing posts from June, 2014

Awas: Virus JE Kini Menyerang

Image
  Nyamuk Culex Pembawa Virus JE Virus JE Kini Menyerang Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai Virus JE yang kini semakin serius . Mengikut laporan, sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian telah dikenalpasti sehingga semalam. Mangsa terbaru yang disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun dari Pulau Pinang. Hasil siasatan mendapati mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah , yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April yang lepas. Apa Itu JE? JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex. Tanda-Tanda Serangan JE 1. Demam 2. Sakit kepala 3. Lemah anggota badan 4. Resah meracau 5. Mengantuk 6. Sawan 7. Lumpuh 8. Tidak sedarkan diri/koma. Pada peringkat awal, kebanyakan mangsa yang dijangkit

Hikmah Berpuasa

Image
Bagaimanakah Keadaan Puasa Kita? Hikmah Berpuasa Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah tentang hikmah berpuasa di bulan Ramadan . Rasanya ramai yang tau bahawa setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Ini kerana terdapat banyak hikmah yang telah Allah janjikan kepada umatnya yang berpuasa berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Puasa Menguji Sifat ikhlas Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain. Tetapi kerana keihklasan, keimanan dan ketakwaan

You All Kena Tengok Video Ni. Memang Ohsem...

You all kena tengok Video ni. Memang ohsem. Part last tu yang paling best..Relax je after somersault.. Inilah kuasa Allahkan..Pantang maut sebelum ajal.. 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Fenomena Piala Dunia   3. Istimewa Ramadhan Ini   4. Kenapa Ramai Yang Suka Tempat Ni ya?   5. Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba..

Tiga Professor Paling Berpengaruh Dari Malaysia

Image
   Tiga Professor Berpengarauh Dari Malaysia Professor Paling Berpengaruh Dari Malaysia Info menarik pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai pemilihan tiga ahli akademik dari Malaysia yang telah terpilih sebagai antara individu yang paling berpengaruh di dunia di dalam bidang masing-masing. Pengiktirafan ini  di keluarkan oleh Thomson Reuters, firma penganalisis data yang berpengkalan di New York.   Mereka yang dipilih adalah, Prof essor Dr Abdul Latif Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Kimia , Universiti Sains Malaysia , Prof essor Dr Ishak Hashim dari Fakulti Sains dan Teknologi , Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof essor Dr Saidur Rahman daripada Fakulti kejuruteraan , Universiti Malaya . Pemilihan Professor Paling Berpengaruh ini dibuat berdasarkan b ilangan artikel tertinggi yang telah diterbitkan yang paling kerap menjadi rujukan kepada rakan-rakan penyelidik yang lain dari seluruh dunia . Tahniah untuk mereka.

Sedekah Berganda Sebulan Gaji

Image
    Amalan Sedekah Berganda Sedekah Berganda Sebulan Gaji Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah amalan sedekah berganda yang diamalkan oleh salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Mengikut cerita, amalan sedekah berganda ini telah membantu beliau memperolehi sesuatu yang luarbiasa. Rezeki yang dulunya diperolehi dalam masa sebulan bekerja, kini dapat dimiliki dalam hanya satu hari dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Rahsianya adalah sedekah berganda. Apa yang beliau amalkan adalah bersedekah pada setiap hari Jumaat .  Bermula dengan hanya RM100 pada Jumaat yang pertama, beliau menambah kepada RM200 pada hari Jumaat minggu yang kedua, RM300 pada Jumaat minggu yang ketiga dan seterusnya RM400 pada Jumaat minggu yang keempat.  Hasilnya memang lumayan. Perniagaannya benar-benar menjadi. Beliau tidak lagi perlu menunggu sebulan untuk memperolehi RM4000. Semuanya kini dimiliki dalam hanya satu hari.      Amalan Sedekah Di

Minum Jus Buah-Buahan Untuk Tenaga Sewaktu Berpuasa

Image
  Amalan Minum Jus Buah-Buahan Sewaktu Sahur Minum Jus Buah-Buahan Sewaktu Sahur You all tau tak amalan minum jus buah-buahan semasa bersahur amat baik untuk memastikan kita sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang berpuasa. Kehadiran pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa dalam jus buah-buahan membantu mengekalkan tenaga di dalam badan.  Kebiasaannya, ketika berpuasa badan kita cepat merasa letih, penat dan mengantuk. Keadaan ini berlaku bukan kerana kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.   Pengambilan j us buah-buahan segar dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi.     Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang. Ianya berlaku kerana bila tubuh kita kekurangan air, buah pinggang akan kecut. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Kesan yang lain yang mungkin kita alami adalah pening dan pitam. 

19 Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia

Image
  Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia Info menarik pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah senarai 19 pemain terbaik Piala Dunia. Dari senarai yang diberikan, mereka semua mempunyai skil yang sangat tinggi. Mereka adalah nama-nama besar dalam dunia bola sepak.  Pele, pemain terbaik Piala Dunia Tahun 1970 Yang paling menarik, 7 daripada senarai pemain terbaik ni adalah dari Brazil . Tahniah Brazil. Mereka memang legend dan boleh dianggap kilang menghasilkan bintang bolasepak. Nama seperti Pele yang menjadi pemain terbaik piala dunia tahun 1970 , pastinya akan dikenang sepanjang zaman.  Ronaldo , Pemain Terbaik Piala Dunia Tahun 2002 Selain dari  Pele, pemain Brazil yang lain seperti Romario dan Ronaldo juga tak kurang hebatnya. Masing-masing mempunyai skil yang tersendiri. Anugerah istimewa kurniaan Allah.   Neymar Jr , Pemain Terbaik Piala Dunia Tahun 2014? Dan yang terbaru pastinya Nama Ney

Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia

Image
   Baling, Bandar Paling Bahagia Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia Tahniah penduduk Baling yang muncul daerah paling bahagia di Malaysia. Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah hampir 84.62 peratus.  Bila terbaca berita ni, kita agak terkejut kerana dari apa yang kita baca dan dengar, Baling sangat sinonim dengan perkataan miskin . Jadi apa yang kita bayangkan adalah orang miskin adalah orang yang paling bahagia. Hmmm...    Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling , Kedah . Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi i

Kebaikan Bersahur

Image
  Kebaikan Bersahur Kebaikan Bersahur Amalan bersahur mempunyai seribu kebaikan dan keberkatan . Biarpun bersahur adalah sunat, namun ianya sangat dituntut kerana didalam waktu bersahur itu ada keberkatan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. Waktu sahur juga adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Anjuran bersahur ini dapat dilihat pada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, " Makanlah sahur walaupun dengan seteguk air".  Melalui amalan bersahur, kita akan memperolehi tenaga yang secukupnya . Tenaga inilah yang bakal digunakan oleh tubuh sepanjang kita berpuasa. Sekiranya tidak diambil, dikhuatiri akan melemahkan tubuh kerana tenaga tidak mencukupi.   Bersahur Dari Sudut Sains Bersahur bukan sahaja memberi manfaat dan kelebihan daripada

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah

Image
 Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Berslah Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah Ibu budak OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15 , yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam. Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah didakwa atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Walau apa jua keputusan kes ini nanti, kita harap kes ini bakal menyedarkan ramai pihak diluar sana, bukan hanya ibu Firdaus, bahawa kesibukan dunia tidak akan pernah terhenti. Jika kita terlalu mengejar dunia, tanggungjawab kita kepada Allah, diri sendiri dan juga keluarga pasti akan terabai.   Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik  Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik  Selain daripada kes Firdaus, ada satu lagi kes wanita OKU yang ditemui dikurung disebuah bilik yang kecil dan ge

Salam Ramadhan Untuk Semua

Image
   Salam Ramadhan Untuk Semua Salam Ramadhan Untuk Semua Di kesempatan ini, kita ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H kepada semua pembaca  Blog Santai yang berugama Islam. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. “Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapa

Nasi Kandar Ada Dadah?

Image
Makan Nasi Kandar Positif Dadah? Makan Nasi Kandar Positif Dadah Nasi Kandar Ada Dadah? Inilah isu hangat yang kini diperkatakan dikhalangan peminat nasi kandar. Kalau you all salah seorang daripada penggemar nasi kandar, hati-hati ya. Makan nasi kandar boleh positif dadah tau. Menurut beberapa ujian yang dijalankan oleh Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, kandungan bahan rempah yang digunakan didalam nasi kandar seperti kaskas telah menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah. Hmmm..bahaya ni... Kas-Kas Dalam Nasi Kandar Adalah Haram? Bila terbaca berita ni kita teringat satu artikel yang pernah kita baca mengenai pengharaman penggunaan kas-kas sebagai ramuan dalam masakan seperti nasi kandar dan nasi briyani. Ianya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan mana-mana penjual yang menggunakan nya boleh dikenakan tindakan termasuk penjara.   Kebiasaannya, kas-kas digunakan sebagai b

Syed Mokhtar, Dermawan Asia

Image
  Syed Mokhtar, Dermawan Asia Syed Mokhtar, Dermawan Asia Kalau tiga hari yang lepas kita ada berkongsi kisah Dermawan Piala Dunia , kali ni info menarik pilihan Blog Santai adalah kisah  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia.      Syed Mokhtar, Dermawan Asia Berdasarkan rekod Syed Mokhtar telah menderma lebih daripada US$500 juta sejak 10 tahun yang lalu kepada mereka yang terbabit dalam pelbagai bencana alam di Asia serta beberapa negara lain. Penubuhan kem pelarian di Pakistan serta rumah anak yatim di Guinea adalah antara sumbangan beliau. Beliau juga turut terlibat dalam Program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan Iran.  Syed Mokhtar juga turut membuka beberapa hospital dan institusi lain di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia yang sebahagiannya bertujuan untuk mempromosikan Islam. Alhamdulillah ...beruntung ibu yang melahirkan beliau. "Kekayaan itu

Wudhu' Membersihkan Dosa

Image
  Wudhu' Membersihkan Dosa Wudhu' Membersihkan Dosa Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah kisah wudhu yang boleh membersihkan dosa. Seperti apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru,  ambil wudhu' tidak perlu banyak, tetapi haruslah sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu, hanyalah simbolik. Yang hendak dibersihkan bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang di bawa oleh tangan, mulut, mata, telinga dan kaki kita.   Cara Mengambil Wudhu' Dengan Sempurna  (klik image untuk besarkan) Allah berfirman ; “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu sampai dengan ke 2 mata kaki .” (QS. Al-Maidah:6) Dan Jangan Lupa Baca Yang Ni Juga Ya: 8 Rahsia Doa Ketika Whudu' Kenapa Perlu Berdoa Ketika Wudhu' 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai

Video Jihad Rakyat Malaysia Di Syria

Image
  Jihad Di Syria    Video Jihad Rakyat Malaysia Di Syria You all dah tengok video perang sahabat-sahabat kita di Syria? Video rakaman tersebut  menunjukkan sekumpulan sahabat-sahabat kita yang dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk berperang . Rakaman yang dibuat dalam loghat utara tersebut telah tersebar setelah pihak PBB mendakwa terdapat seramai 15 warga Malaysia terlibat dalam aktiviti-aktiviti jihad  Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). Dari komen-komen yang diberikan, begitu ramai yang menyokong tindakan sahabat-sahabat kita ni. Berjihad ke jalan Allah dalam suasana yang gembira. Ramai juga yang ingin turut serta. Namun sejujurnya bila tengok video ni agak sukar untuk kita percaya. Kita tak boleh bayangkan, adakah ini situasi sebenar "kegembiraan" mereka-mereka yang sedang dalam perperangan. Hmmm..What do you think? 1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni  

Pelajar Cedera Akibat Gigitan "Suarez"

Image
Aksi Suarez Di Tambun Perak  Telinga Cedera Di Gigit "Suarez" Nampak gayanya, aksi Luis Suarez menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini berjangkit ke Malaysia. Aksi gigitan tersebut telah diapplikasikan di Tambun Perak apabila seorang pelajar Tingkatan Satu, cedera parah di telinga kiri akibat digigit rakan sekelas . Hmmm...   Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang kemarin, mangsa bukan setakat berdarah di telinga akibat digigit, tetapi tubuhnya turut lebam akibat ditumbuk. Pergelutan bermula apabila mangsa bertanyakan rakan sekelasnya sama ada beliau telah membaling pen ke arahnya. Namun pertanyaan itu telah menimbulkan kemarahan rakannya. Beliau diajak untuk bertumbuk.  Mangsa yang ketakutan, melarikan diri. Namun dikejar sebelum ditolak hingga terjatuh. Beliau kemudiannya ditumbuk berulang kali di badan dan juga kepala. Tak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih ganas apabila menggigit telinga kiri mangsa hingga berdarah. Hmmm..i