Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha “Dhuha” (الضحى) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Ia adalah solat sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dalam Islam. I anya boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada pagi hari diharuskan bagi kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanalah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga adalah sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua diganti dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at. (HR. Muslim no. 720) Niat Solat Dhuha Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta