Posts

Showing posts from February, 2014

Jadual Catuan Air Phasa Kedua Di Selangor Mulai Esok

Image
Catuan Air Di Selangor & Lembah Kelang  (Source) Jadual Catuan Air Phasa Kedua  Catuan air  di Lembah Kelang dan Selangor memasuki phasa kedua mulai esok (Ahad) sehingga 31 Mac ini. Phasa kedua catuan melibatkan lebih 260 kawasan dari enam wilayah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.   Penjadualan catuan air peringkat kedua itu merupakan lanjutan daripada peringkat pertama yang dimulakan Khamis lalu di Hulu Langat dan Kuala Langat melibatkan lebih 60,000 pengguna. Catuan Air Dalam Masa Dua Hari Enam wilayah yang terlibat dalam catuan tersebut akan dibahagikan kepada dua zon iaitu zon pertama akan menerima bekalan air pada 2 dan 3 Mac dan diikuti dua hari tanpa air manakala bekalan air untuk zon kedua pula akan diperolehi pada 4 dan 5 Mac. Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air dijangka berhenti mulai pukul 9 pagi selama kira-kira 55 jam sehingga bekalan disambung semula pad

Sedihnya!!!!

Image
Sebahagian Dari Rakyat Palestin Di Kem Pelarian Yang Menunggu  Bantuan Makanan Pelarian Palestin Di Kem Yarmouk Nasib pelarian palestin memang malang. Sudahlah diusir dari negara sendiri, keadaan di Kem Pelarian Yarmouk juga amat tenat.  Kem ini begitu padat kerana b anyak kem-kem berhampiran telah musnah akibat serangan pihak tentera Syria. Kem Yarmouk juga kelihatan seperti "tempat berhantu". Kemusnahan di mana-mana. Akibatnya, l ebih daripada 18,000 orang pelarian Palestin di kem Yarmouk, di pinggir ibu negara Syria kini  kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain .  Kemusnahan Padat & Sesak Hilang Arah Percubaan pihak PBB untuk menyampaikan bantuan kepada mereka juga telah dihalang akibat perang saudara di Syria yang sudah mencecah usia tiga tahun.  Yarmouk menjadi sukar sejak Julai tahun lalu. Ramai penduduk kini lemah dan kekurangan zat makanan. Mereka juga terdedah kepada risiko penyakit, kecederaan dan juga kematian.

Inilah Statistik Pekerja Asing Di Malaysia

Image
Gaji Pekerja Asing Bayaran Kepada pekerja Asing You all ingat tak lagi dengan entry  Kayanya Malaysia . Pada yang dah lupa Malaysia  menduduki tangga ke  sebelas dalam carta negara-negara yang membayar khidmat pekerja asing  di dunia.  Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Nation Master, sebanyak USD6.5 Billin (RM18 billion) telah dibelanjakan pada tahun 2009 untuk tujuan ni. Banyakkan. Dan pada yang nak tau bayaran tu dibuat kepada siapa sila tengok statistik kat bawah ni. Statistik Pekerja Asing Di Malaysia Statistik Pekerja Asing Di Malaysia Berdasarkan statistik di atas Indonesia merupakan tenaga asing yang paling ramai bekerja di negara ini sejak 15 tahun lalu . Kerajaan menyasarkan seramai 4 juta pekerja asing berdaftar bakal berkhidmat di negara ini untuk merealisasikan visi 2020. Biarpun data di atas agak outdated, tapi kita rasa ianya tidak banyak berbeza kerana menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, terdapat lebih dar

Punca Sebenar Amah Membunuh 2 Beradik Di Sungai Buloh

Image
Lokasi kejadian Punca Sebenar Amah Membunuh 2 Beradik 3 hari lepas, Malaysia dikejutkan dengan satu lagi pembunuhan ngeri yang berlaku di sungai Buloh.  Dua beradik mati dikelar  oleh amah di rumah tersebut menggunakan dua bilah pisau sebelum beliau sendiri mumbunuh diri. Kejadian mengerikan itu mengejutkan ramai pihak kerana amah tersebut dikatakan seorang pekerja yang bagus dan sangat rapat serta menyayangi kedua-dua beradik tersebut. Jadi apakah yang punca sebenar yang mendorong beliau untuk melakukan perkara tersebut? Amah Tidak Punya Pengenalan Diri Berdasarkan siasatan polis, perbuatan amah berkemungkinan didorong oleh tekanan perasaan. Beliau yang berasal dari Indonesia dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri walau sudah 2 tahun berada di malaysia. Di sebabkan ketiadaan dokumen beliau tidak bebas bergerak dan kebanyakan masa dihabiskan di rumah. Amah Rindukan Anaknya Beliau juga dikatakan sangat merindui dua anaknya yang berada di I

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)

Image
  Solat Sunat Istisqa Kemarau yang berpanjangan adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita semua manusia ingat kepada NYA. Kita manusia adalah umat yang lemah dan sering leka. Untuk memastikan kita sentiasa dilandasan yang benar, kadang kala Allah turunkan ujian supaya kita muhasabah diri.  Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) Cara yang terbaik untuk menghadapi ujian Allah ialah dengan kembali merujuk kepada NYA dan memohon supaya ujian tersebut segera berakhir. Dan untuk menghadapi kemarau yang berpanjangan Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)  adalah salah satu cara untuk kita memohon kepada Allah.  Istisqa dalam bahasa adalah meminta turun hujan. Secara istilah ia bermaksud  meminta kepada Allah SWT agar menurunkan hujan dengan cara tertentu ketika kita benar-benar memerlukannya.  Hukum shalat Istisqa adalah sunnah muakkad bagi mereka yang terkena musibah. Adab Solat Istisqa' Semua orang yang hendak menunaikan solat Istisqa' digalakkan berpu

Fenomena Okultasi Di Langit Biru

Image
  Fenomena Okultasi Fenomena Okultasi You all perasan tak semalam ada berlakunya fenomena Okultasi Gerakan Planet. Kedengaran sungguh scintifik ya. Sebenarnya Fenomena Okultasi ni lebih dikenali sebagai gerhana. Ianya berlaku apabila sebuah planet ditutupi bulan atau sebuah planet ditutupi sebuah planet lain yang memiliki diameter yang lebih besar. Zurah Menghampiri Bulan    Zuhrah Menyentuh Bulan    Zuhrah Hampir Hilang Di Tutupi Bulan Bulan Menutupi Planet Zuhrah Fenomena Okultasi ini dapat dilihat pada waktu Subuh semalam (26 Februari 2014). Pada ketika kejadian, langit kelihatan sangat cerah kerana kedua-dua planet tercerah diangkasa selepas matahari seakan-akan duduk bersebelahan sebelum planet Zuhrah menghilangkan diri disebalik bulan. Rugi tak dapat tengokkan. 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau    3.  Rahsia Di Sebalik Senyuman    4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Ya

Kejamnya Manusia Ni...

Image
Mulut Di Kunci Mangga Kerana Menangis Mulut Di Mangga Kerana Menangis Kejamnya seorang bapa,  Chris Elvis, 30 dari Nigeria yang sanggup mendera anaknya yang berusia 4 tahun sehingga mati hanya kerana tidak sanggup mendengar tangisan mangsa. Untuk menghentikan tangisan tersebut beliau membuat keputusan untuk menutup mulut mangsa dengan memasang mangga pada bibir kanak-kanak malang tersebut.  Badan Di Lekapkan Seterika panas Tidak cukup dengan mangga, beliau turut melekapkan seterika panas ke seluruh tubuh anaknya, Godrich dan kemudian mengurungnya di dalam bekas tong plastik . Selain untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut dari menangis, beliau juga turut menganggap kanak-kanak tersebut pembawa sial. Kekejaman ke atas mangsa hanya diketahui ibunya apabila pulang dari kerja. Namun semuanya sudah terlambat. Bayi malang itu sudah tidak bernyawa. Untuk mengelakkan dirinya dijatuhkan hukuman, si bapa yang kejam berpura-pura sakit mental. Namun pemeriksaan doktor men

Awas: Kopi Beracun Pembawa Maut

Image
Kopi Beracun  (Source) Kopi Beracun Pembawa Maut Awas kopi beracun boleh membawa maut . Inilah amaran terbaru yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis memproses kopi di lembah kelang mendapati kopi yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan mengandungi  racun Sildenafil dan Sibupralile yang boleh membawa maut. Kedua-dua racun tersebut adalah antara elemen utama yang digunakan dalam proses pembuatan kopi tersebut yang mana pengambilannya secara berterusan dalam jangka masa panjang, boleh merosakkan hati.  Walaupun nama kopi tersebut tidak didedahkan, namun difahamkan sekotak kecil serbuk kopi ini mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.   Kopi ini katanya boleh   melansingkan badan serta menguatkan tenaga batin.  Setakat ini ia telah dipasarkan di sekitar lembah Kelang.  Senarai Kopi Beracun Selain daripada kopi diatas, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesih

Senyuman Rasulullah S.A.W

Image
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai, Sabar Itu Sebahagian Dari Iman Senyuman Rasulullah S.A.W Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah senyuman Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan seorang Badui yang berkasar dengannya. Anas bin Malik ra pernah berkata " Aku pernah berjalan bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau mengenakan pakaian buatan Najran. Datanglah seorang Badui mendekati beliau dan kemudian dengan kasar menarik baju yang dikenakan Rasulullah saw tersebut. Akibat kerasnya tarikan orang Badui itu, leher Nabi saw tergores sedikit. Kemudian orang tersebut membentak dengan ucapan: "Ya Muhammad, berikan aku dari harta Allah yang ada padamu." Rasulullah S.A.W  memandang kepadanya dan tersenyum, lalu kemudian menyuruh agar memberikan kepadanya apa yang dimintanya itu. (Riwayat Bukhori) Rasulullah S,A.W memang terkenal dengan sifat  sabar dan tenang . Tidak cepat marah dan

Muslim Niaga : Contest SEO Terbaik

Image
   Contest SEO Muslim Niaga Contest SEO Muslim Niaga Contest SEO Muslim Niaga adalah contest tajaan blog Terbaek.net dengan kerjasama MuslimNiaga.com .  Seperti contest SEO Eridy yang kita join sebelum ni,  Contest SEO Muslim Niaga  juga mengambil tema  SEO  sebagai asas pertandingan. Tujuan  Contest SEO Muslim Niaga ( SEO adalah merupakan ringkasan kepada  Search Engine Optimization . Dalam bahasa mudah ianya adalah cara untuk  mengoptimumkan  apa yang kita buat di blog kita supaya blog kita tersenarai di search  engine    seperti google, yahoo, bing dan lain².  - See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/09/apa-itu-seo.html#sthash.MBFPZYzP.dpuf Tujuan Contest SEO Muslim Niaga  ini diadakan adalah memperkenalkan Muslim Niaga kepada pasaran yang lebih besar terutama mereka yang berminat untuk menjana pendapatan secara online. Di samping itu ia juga  menguji kemahiran bloggers  menghasilkan entri menggunakan  keyword  Muslim Niaga .  Penggunaan teknik S

WW # 16: Segmen & Giveaway By Ikhwan Yusuf

Image
Boleh klik banner di atas untuk join Jom Semua, Support  Blogger Ikhwan 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3.  Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...    4 . Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   5 . Pilihan Terbaik 6. Suara Mereka Suara Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin

Image
Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin Kerana kemiskinan dan kos sara hidup makin meningkat, tak semua orang mampu mempunyai sebuah rumah mahupun menyewa sebuah bilik. K andang adalah antara pilihan yang mereka ada.  Itulah realiti kehidupan.  Itulah dilema ramai penduduk dunia. Ianya juga turut berlaku di Hong Kong.     Antara bandar terkaya di dunia . Walaupun bandarnya kaya, tapi  penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.  Kandang Jadi Pilihan Kandang Jadi Pilihan Harga hartanah di Hongkong tersangat tinggi. Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan. Sebagai pilihan, mereka yang kurang berkemampuan terpaksa memilih untuk tinggal di dalam  'kandang' yang disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik yang kecil dan panas. Itulah nasib orang miskin. p/s: Alhamdulilla