10 negara Terbaik Untuk Di Lawati Pada Tahun 2014
10 Negara Terbaik Pilihan Lonely Planet Untuk Di Lawati Pada Tahun 2014 1. Brazil Pantai Ipanema Dikenali sebagi, gergasi Amerika Selatan , Brazil merupakan sebuah negara yang menakjubkan. Memiliki pantai yang cantik seperti Ipanema, hutan hujan yang masih terpelihara , bandar-bandar kolonial yang masih utuh serta koleksi terbesar spesies tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui di mana-mana tempat di muka bumi ini, Brazil bakal menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk para pelancong . Dan yang paling pasti, kejuaraan Bola Sepak Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil pada tahun 2014 dijangka merupakan tarikan utama para pelancong ke Negara Samba ini. Rio De Janeiro, Brazil 2. Antarctica Gentoo Penguin Di Pulau Danco Salji, ais, air batu dan Penguin seringkali dikaitkan dengan Antartika. Keunikan kejadian Allah ini, pastinya merupakan antara tarikan menarik para pelancong ke sana. Kepulauan Falkland di Atlantik Selatan ba