Posts

Showing posts from November, 2013

5 Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti

Image
Tips Semasa Bercuti Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti Musim cuti sekolah dan akhir tahun adalah masa untuk "Makan Angin". Waktu nilah ramai diantara kita yang mengambil peluang untuk bercuti samada ke dalam atau ke luar negara. Yalah selepas penat bekerja/belajar selama hampir setahun mestilah nak rehatkan mindakan. Tapi sebelum bercuti, yang pasti kena plan betul-betul supaya percutian kita berjalan lancar. Bagi kita travelling ni memang aktiviti yang menyeronokkan. Tapi kalau tak plan betul-betul memang boleh stress.  Hari ni kita nak kongsi beberapa tips, mengenai penjagaan makanan yang boleh you all jadikan panduan semasa bercuti especially kalau you all berhajat ke negara-negara di South East Asia. Antaranya:   5 Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti (Source) 1. Pastikan Makanan yang dipilih adalah baik untuk kesihatan. Elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi kerana proses penc

Misteri Tasik Chini

Image
  Tasik Chini Tasik Chini Apabila sebut tasik Chini, mesti ramai yang terbayangkan kisah Naga Misteri di Tasik Chini kan. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke sini, tapi kita agak tertarik dengan kisah-kisah misteri tasik ni yang terletak di dalam daerah Pekan di negeri Pahang. Tasik Chini ni pada kita agak unik dengan persekitarannya yang agak tenang dikelilingi dengan hutan yang menghijau.  Misteri Naga Tasik Chini Menurut lagenda, Tasik Chini ini pada mulanya dikawal oleh seekor naga yang bergelar Seri Gumum . Kemudian seekor naga lain yang bergelar Seri Pahang meneceroboh kawasan Seri Gumum. Perbalahan terjadi yang mengakibatkan Seri Pahang kalah lalu melarikan diri. Menurut cerita, Seri pahang telah melarikan diri melalui sebuah lubang didalam tasik itu. Lubang itu masih boleh ditemui di salah sebuah tasik didalam tasik Chini. Bermula dari cerita ini, Tasik Chini telah menjadi terkenal sebagai sebuah tasik yang penuh misteri.     Tasik Chini Ti

Tikus Di Denda Kerana Mencuri

Image
 Tikus Di Denda Tikus Di Denda Kerana Mencuri Tiga ekor tikus  telah didenda dengan diikatkan kepada sebatang pokok sebagai pengajaran kepada tikus-tikus yang lain. Kalau cerita sebelum ni, seekor lembu telah ditangkap di Nigeria kerana didakwa membunuh, kali ni kesemua tikus-tikus ini ditangkap kerana sering men curi makanan dari sebuah kedai di Sichuan, China. Selain daripada mencuri tikus-tikus ini juga sering menggigit serta merosakkan wayar CCTV dikedai berkenaan. Amaran Kepada Tikus Lain Tujuan mereka meletakkan tikus berkenaan di pokok tersebut untuk memberi amaran kepada tikus-tikus yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Mana-mana tikus yang t elah ditangkap kerana melakukan perbuatan yang "buruk" akan dihantar ke kawasan luar bandar dan diserahkan kepada " Konstabel Kucing Hitam " . p/s: Macam cerita Walt Disney pulak. Tapi itulah hebatnya China. Macam-macam cerita pelik tapi benar ada. 1. Rahsia Bl

10 Sebab Kenapa Perlu Makan Manggis

Image
Manggis Manggis Buah Tropika Manggis adalah my all time favorite. Dikenali scientifically sebagai  Garcinia mangostana , manggis dipercayai berasal di Kepulauan Sunda dan Maluku Indonesia. Ia tumbuh subur terutamanya di Asia Tenggara dan beberapa negara lain seperti Colombia,   Kerala di India dan di Puerto Rico.    10 Khasiat Manggis 10 Khasiat Manggis Kita suka buah manggis ni kerana rasa dia yang masam dan manis. Di samping tu manggis ni sebenarnya banyak khasiat. Antaranya ia merupakan sumber antioksidan yang tertinggi di dunia. Di dalam buah Manggis terdapat element yang dikenali sebagai "xanthone" yang baik untuk jantung dan membantu sistem pengaliran darah.    1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Sebalik Senyuman   4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni  

Kenapa Villa Nabila Tak Boleh Di Robohkan?

Image
  Villa Nabila Kenapa Villa Nabila Tak Boleh Di Robohkan? Villa Nabila yang telah menjadi lokasi sensasi beberapa minggu yang lalu, tak mungkin dirobohkan kerana ia adalah harta persendirian . Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri besar Johor. Sememangnya ini adalah tindakan yang betul. Namun seeloknya tempat tersebut dijadikan kawasan larangan supaya tak ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan tersebut.      Kawasan larangan Kalau ada pihak-pihak yang dapat menghubungi tuan punya villa tersebut lagilah elokkan. Bagi kita tempat-tempat sebegini kurang elok dibiarkan kosong terlalu lama. Selain daripada dihuni oleh mahluk-mahluk halus, selalunya ia akan dijadikan Port Penagih Dadah Tegar. Dan kadangkala tempat-tempat begini juga seringkali dijadikan sarang maksiat...   Sebahgian Dari Banglo Villa Nabila Memandangkan pihak kerajaan Johor tidak berminat untuk menjadikan Villa ni salah satu daripada tempat tarikan pelancon

Koleksi Gambar Lucu

Image
  Padlock Handphone? (Source) Sama tapi tak Serupa Sama Tapi tak Serupa. Kedua-duanya agak kreatif dan menggunakan pinggang sebagai base ya...Yang berbeza hanya lah konsep keselamatan yang di praktikkan. Seorangnya begitu "alert" sehinggakan handphone pun di Padlock kan nya. Dan sorang lagi begitu "loose" . Hanya menggunakan slipper sebagai cover pistol...Hmmmmm!!!!   Pistol Cover? (Source) 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Sebalik Senyuman   4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Awas: Denda Atau Penjara Kalau Kritik Polisi Kerajaan

Image
  Denda Atau Jail Untuk Kritikan Rang Undang-Undang Baru Vietnam Di Denda Atau Penjara Kalau Kritik Polisi Kerajaan . Wah susahlah macam ni. Tapi nasib baik ini bukan kat Malaysia tau. Ianya telah diluluskan sebagai rang undang-undang baru di Vietnam. Berdasarkan undang-undang baru yang telah diumumkan minggu lalu, kerajaan Vietnam berhak mengenakan Denda sebanyak 100 juta dong ($ 4,740) atau hukuman penjara kepada sesiapa yang mengkritik dasar kerajaan di laman sosial seperti Facebook, Blog dan Twitter.  Denda/Penjara Jika Menentang Kerajaan  Dalam undang-undang tersebut, mana-mana komen yang dianggap sebagai "propaganda menentang kerajaan", akan dikenakan denda walaupun ianya bukan satu kesalahan jenayah. Sehingga kini Vietnam telah menghukum beberapa penulis blog yang mengkritik dasar mereka. Bilangan tangkapan dan sabitan telah meningkat dalam tempoh empat tahun lepas. Rang undang-undang baru itu yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Vietn

Surat Dari Pencuri

Image
  11 Muka Surat Tulisan Tangan Surat Dari Pencuri You all ingat tak lagi kisah Nota dari Pecuri yang kita kongsikan dulu? Kali ini kita nak kongsikan kisah yang hampir sama. Kalau dulu, pencuri tersebut meninggalkan Nota kepada Mangsa diatas cermin teksi, kali ni si pencuri menghantar 11 keping surat tulisan tangan kepada Mangsa.  Pencuri Telepon Bimbit Kisahnya yang boleh dianggap "Pelik Tapi Benar" ini seperti biasa berlaku di China apabila seorang lelaki telah kehilangan telepon bimbitnya semasa menaiki teksi. Ketika sampai ke tempat yang dituju, beliau menyedari telepon bimbitnya sudah tiada dan beliau mengesyaki seorang lagi penumpang yang berada didalam teksi tersebut telah mencuri telepon beliau ketika beliau tertidur. Bengang dengan kejadian tersebut, lelaki tersebut telah menghantar message kepada telepon bimbitnya mengungut supaya sipencuri memulangkan kembali telepon beliau kepada alamat yang diberi.     11 Muka Surat Tulisan tangan Keesoka

6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah

Image
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai, Ujian Allah ( Source) 6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah Kisah  Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni adalah mengenai kisah 6 Jenis Manusia yang Di Benci Allah.   Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Ada enam orang yang Aku benci/kutuk dan Allah S.W.T juga membencinya/mengutuknya. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan". Mereka itu adalah: 1. Orang yang menambah isi Al Quran (Dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang) 2. Orang yang tidak menerima takdir Allah S.W.T 3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur , sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah. 4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah di Mekah. 5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah. 6. Dan

Giveaway By Mama Liza

Image
Kira Buku Di Dalam Rak Hari ni kita nak share giveaway yang ditaja oleh blog Life As Mama Liza . Giveaway ni simple aje. Apa yang you all perlu lakukan adalah mengira berapa banyak buku yang ada kat dalam rak kat atas tu. Kalau sukar nak kira teka aje..Tak rugi pun..Mana tau tiba-tiba tepatkan... Pemenang pertama yang dapat memberikan jawapan yang tepat akan menerima set barangan kat bawah ni:   Hadiah Untuk Pemenang Pertama Kalau tak dapat hadiah pertama, its ok coz ada tiga lagi hadiah saguhati yang akan diberi kepada mereka-mereka yang membuat tekaan yang hampir tepat kot. Pemenang hadiah saguhati akan menerima salah satu dari set barangan dibawah: Hadiah Untuk Pemenang Saguhati Menarikkan!!! So Jom kawan-kawan kita support Blog Liza. Untuk Join Klik Sini ya.... 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Sebalik Senyuman   4 . Mesti Baca   5 . Kisah Histeria 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysi

12 Sebab Kenapa Perlu Makan Delima

Image
Delima (Source) Delima Buah Syurga Delima ni adalah one of my favorite fruits. Kita suka rasa dia yang manis even susah sikit nak makan coz saiz dia yang kecil. Ada juga a few yang kita pernah beli yang saiz dia agak besar tapi tak manis. That one was imported. Tapi kalau you all pernah makan delima dari Egypt memang best sangat-sangat. Bukan hanya besar tapi color dia sangat merah and meriah. Kalau siapa yang tak pernah makan pun mesti nak cuba.!!! Delima Buah Syurga (Source) 12 Khasiat Delima Delima ni bukan setakat sedap tapi khasiat dia memang banyak . Khasiatnya turut disebut dalam hadis mauquf di mana antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima adalah antara daripada buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga . Antara khasiat delima adalah membantu sistem penghadaman, membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah serta membaikpulih fungsi hati dan limpa.

Rezeki Dari Langit

Image
  Rezeki Dari Langit (Source) Rezeki Dari Langit Rezeki dari langit . Pepatah ni rasanya memang sangat sesuai untuk tiga kisah yang kita kongsi dengan you all ni. Mungkin ini juga yang selalu dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.   Mangkuk Rezeki : $3 Jadi $2.2 Juta Tuah Mangkuk Cina Sebuah keluarga New York telah membeli sebuah mangkuk Cina dengan harga $ 3 di sebuah jualan garaj . Mereka sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa mangkuk itu sebenarnya telah  berusia 1,000 tahun dan bernilai $ 2.2 juta. Mangkuk seramik , 5 inci diameter dengan corak gigi terukir di bahagian  luar  akhirnya dijual kepada seorang usahawan di  London, Giuseppe Eskenazi , di rumah lelongan Sotheby di New York pada Mac 2013. Sotheby berkata mangkuk tersebut adalah dari Dinasti Song Utara , yang telah memerintah China 960-1127 . Satu-satunya mangkuk yang berlainan saiz tapi mempunyai reka bentuk yang sama kini bera

Awas: Di Tangkap Jika Ada Saman!!!!!

Image
  Ops Cantas Khas Trafik Di Tahan Jika Ada 10 Saman You all ada saman tertunggak tak? Jika ada eloklah diselesaikan segera ya, terutama kepada mereka-mereka yang  mempunyai lebih daripada 10 saman. Bukan apa nanti tak pasal-pasal kena tahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang sedang giat dijalankan sekarang ni. Operasi ni dah bermula kat KL dan akan di jalankan keseluruh negara. Kalau tak sure ada saman ke tak,  you all boleh check sekarang samada melalui online atau sms: Semakan Saman PDRM 1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI 2. Semakan saman PDRM melalui SMS: Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728 Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728 3. Melalui SMS 15888 Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888 Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Koleksi Lawak Santai

Image
  Puak Kanibal Kanibal & Kayak Koleksi Lawak santai yang kita nak kongsi hari ni adalah mengenai kisah Puak Kanibal & Kayak. Tiga orang pengembara ditangkap oleh puak kanibal di hutan Borneo. Ketua puak meneliti setiap seorang daripada mereka . Ha..ha..ha...Malam ni kami akan buat kenduri besar. Kami akan bunuh kamu bertiga. Daging kamu akan kami panggang dan kulit kamu akan dibuat kayak. Tapi aku ada satu berita baik. Kamu boleh pilih sendiri cara kamu untuk mati, kata ketua puak.   Kayak "Saya nak dibunuh dengan pedang" kata pengembara pertama. Ketua puak memberikan pedang dan pemuda itu menikam perutnya sendiri lalu mati. "Saya nak dibunuh dengan pistol" kata pengembara kedua. Ketua puak memberikan pistol dan pemuda itu menembak kepalanya. "Saya nak dua batang garpu" minta pengembara ketiga. Ketua puak mengerutkan keningnya apabila mendengar permintaan itu, tapi beliau tetap menunaikannya. "Eh

Masterchef Malaysia All Star : Enot & Kencana Terkeluar

Image
Enot & Kencana Menunggu Keputusan Enot & Kencana Terkeluar Enot & Kencana menjadi dua peserta pertama yang tersingkir dalam program Masterchef Malaysia All Star semalam. Kedua-kedua mereka terpaksa memasak apabila kumpulan Merah kalah dipusingan cabaran luar. Untuk ujian penyingkiran kali ni, mereka diuji menggunakan pelbagai jenis beras sebagai bahan asas. Antaranya basmati, beras perang, dan beras pulut.    Masakan Kencana Nasi Kencana Tak masak Kencana terpaksa akur apabila nasinya tak masak, walaupun mengikut juri ayam yang dimasak sedap. Sedih pulak kita tengok Kencana coz selalunya dia ni very bubbly and suka nyanyi. Tapi semalam bila nasi dia tak masak coz salah menggunakan rice cooker tu dia tiba-tiba jadi sebak. Nasib baik chef Adu pandai pujuk. At least a bit relief for her.     Masakan Enot Nasi Enot Terlebih Masin Enot pulak menghadapi masalah kerana masakan yang dimasak terlebih masin . Enot was a bit emotional sewaktu diumumka