Misteri Tasik Chini
Tasik Chini
Tasik Chini
Apabila sebut tasik Chini, mesti ramai yang terbayangkan kisah Naga Misteri di Tasik Chini kan. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke sini, tapi kita agak tertarik dengan kisah-kisah misteri tasik ni yang terletak di dalam daerah Pekan di negeri Pahang. Tasik Chini ni pada kita agak unik dengan persekitarannya yang agak tenang dikelilingi dengan hutan yang menghijau.
Misteri Naga Tasik Chini
Menurut lagenda, Tasik Chini ini pada mulanya dikawal oleh seekor naga yang bergelar Seri Gumum. Kemudian seekor naga lain yang bergelar Seri Pahang meneceroboh kawasan Seri Gumum. Perbalahan terjadi yang mengakibatkan Seri Pahang kalah lalu melarikan diri.
Menurut cerita, Seri pahang telah melarikan diri melalui sebuah lubang didalam tasik itu. Lubang itu masih boleh ditemui di salah sebuah tasik didalam tasik Chini. Bermula dari cerita ini, Tasik Chini telah menjadi terkenal sebagai sebuah tasik yang penuh misteri.
Tasik Chini
Tiga Belas Tasik Membentuk Tasik Chini
Keunikan Tasik Chini bukan sahaja kerana persekitarannya, tetapi pembentukan tasik itu sendiri. Tasik Chini mengikut sejarah, terdiri daripada cantuman 13 buah tasik dan merupakan satu-satunya "Rantaian Tasik" yang terdapat di Pahang dan Di Malaysia.
Daripada 13 buah tasik ini terdapat tujuh buah tasik yang besar. Penduduk tempatan Pahang Darul Makmur menggelar tasik besar ini sebagai laut kerana tasik-tasik ini kelihatan seperti laut ketika hari hujan.
Teratai Tasik Chini
Teratai Di Tasik Chini
Pemandangan yang paling menarik di Tasik Chini adalah ketika musim teratai. Pada musim ini Tasik chini akan dipenuhi bunga teratai. Musim bunga teratai adalah pada bulan April hingga Ogos. So kalau you all berhajat nak melawat Tasik Chini mungkin ini adalah masa yang sesuai kot. Disamping tu boleh menikmati suasana desa yang dikelilingi warna-warna hijau yang tenang..
ade sedara saya yang duduk kat area chini tu. Dekat je kalau nak pergi tengok tasik chini. Saya memang minat kalau lepak2 di laut atau tempat2 macam ni. =p
ReplyDeletesaya tak pernah pergi sana. teratai layu ditasik madu.,
ReplyDeletewah...pernah juga dengar cerita naga tasik chini ni...
ReplyDeleteteringat cerita melayu dulu.. naga tasik chini..
ReplyDeleteSy pernah ke tasik chini dulu, ada kawasan yg sgt cantik tp bila teringat kisah naga & misteri ni, jadi takut juga bila berada disana.. :)
ReplyDeletebaru aiza tahu sejarah berkaitan tasik chini.. belum pernah lagi sampai di sana.. cantik bunga teratai itu..
ReplyDeleteputeri pun belum pernah lagi sampai ke sini...tapi bila sebutkan tasik chini memang teringatkan naga...hehe
ReplyDeleteputeri isi tabung untuk raudzah :)
ReplyDeleteada filem hitam putih pasal lagenda Tasik Chini ni..ntahlah,sy nak percaya atau tak sbb pernah dgr pengalaman org "tserempak" dgn naga tu..wallahualam
ReplyDeleteThis is very interesting.
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteApabila sebut tasik Chini, mesti ramai yang terbayangkan kisah Naga Misteri di Tasik Chini kan. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke sini, tapi kita agak tertarik dengan kisah-kisah misteri tasik ni yang terletak di dalam daerah Pekan di negeri Pahang. Tasik Chini ni pada kita agak unik dengan persekitarannya yang agak tenang dikelilingi dengan hutan yang menghijau.
ReplyDelete